• 6236
1

KarnaDya

Calon Suami Buat Novelis

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Calon Suami Buat Novelis

Nak cari calon suami bukan semudah ABC. Bukan macam pilih sayur di pasar. Kenalah pilih yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Begitulah yang terjadi kepada Qaira Nur Imani. Cadangan Puan Noraini memperkenalkan dia dengan beberapa calon suami membuatkan dia rasa sesak nafas.

Qaira Nur Imani, seorang novelis yang serik untuk jatuh cinta lagi. Cukuplah tiga kali dia kecewa kerana bertepuk sebelah tangan. Lantaran itu, pintu hatinya ditutup buat insan yang bergelar lelaki. Namun, perkara itu tidak menghalang Puan Noriani mencari calon suami untuk anaknya itu.

“Selagi Aira tak bawa calon untuk ibu, selagi itu ibu akan kacau hidup Aira!” - Puan Noraini

Bagi Qaira Nur Imani, nak cari calon suami bukan semudah ABC. Kenalah pilih yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa serta dapat menggetarkan naluri perempuannya. Kalau boleh, dia menginginkan seorang suami sama seperti hero-hero dalam novelnya.

Pertemuan dengan jejaka kacak Hadif Asyraf merubah hidup Qaira Nur Imani. Hadif Asyraf yang juga mempunyai masalah yang sama dengan Qaira Nur Imani melamar Qaira Nur Imani walaupun mereka baru berkenalan. Bagi Hadif Asyraf, dia yakin dengan prinsip 5B ciptaannya. Berkenalan, berkawan, bercinta, berkahwin dan bahagia.

“Aku nak melamar kau jadi isteri aku. Kita kahwin?” - Hadif Asyraf

“Memang kita dah berkenalan. Kita pun dah berkawan. Tapi kita belum bercinta. Mana boleh berkahwin terus?” - Qaira Nur Imani

“Kalau macam tu, kita kahwin kemudian kita bercinta. Aku nak jadi hero kau selama-lamanya.”- Hadif Asyraf

Qaira Nur Imani dalam dilema. Calon sudah ada tapi mampukah Hadif Asyraf menjadi calon suami buatnya seperti yang diidamkan? Mampukah dia membuka pintu hatinya buat Hadif Asyraf buat kesekian kalinya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Pencarian calon suami dan jodoh yang sesuai
  • Kekecewaan cinta serta kesukaran membuka hati
  • Tekanan keluarga dalam soal perkahwinan
  • Hubungan selepas berkenalan dan konsep cinta selepas berkahwin

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca wanita yang menggemari novel romantik Melayu
  • Pembaca yang suka kisah pencarian jodoh dan perkahwinan
  • Pembaca yang menikmati tema cinta selepas berkahwin
  • Peminat watak wanita berdikari dan berkerjaya

Maklumat Buku

  • Penulis: Eliza Ab
  • Penerbit: KarnaDya
  • ISBN: 9789674062699
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan