• 5810
1

KarnaDya

Bila Cinta Milik Dia Oleh Sharina Elisa

Regular price
RM 19.00
Sale price
RM 19.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Bila Cinta Milik Dia Oleh Sharina Elisa

Gadis genius secantik Rania tidak mengimpikan jejaka macho sebagai pelengkap hidup.  Demi mencari cinta yang suci, dia menukar identiti menjadi gadis montel 130kg. Raqib, jejaka yang diminati Rania dalam diam bertindak mengherdik dan mencaci saban hari kerana bimbang gadis itu menyimpan rasa di hati.

Adel Hauzan, doktor kosmetik muncul menawarkan peluang kepada Rania supaya mampu menjadi kurus dan jelita. Lima tahun Rania bersabar dengan kata-kata makian, dia jadi lelah dan mula membuat keputusan untuk menerima tawaran Adel Hauzan.

Meski Raqib membenci, Rania tetap menjadi yang teristimewa di hati lima jejaka bersaudara. Kasih yang tulus itu meletakkan Rania sebagai yang teratas dalam carta hidup mereka. Sesiapa yang berani menyentuh si adik maka, buruk padahnya! Sehingga Adel bimbang hendak mendekat. Awal-awal sudah diberi peringatan.

Maliqi yang yatim piatu dibesarkan bersama Rania sejak kecil menaruh rasa. Demi cinta yang tersimpul rapi, dia izinkan Rania mencari kebahagiaan selagi gadis itu tidak terluka.

Pernah beberapa kali Rania muncul mempamerkan wajahnya yang sebenar. Kononnya, dia adalah Raudhah dan merupakan teman serumah Rania. Raqib yang tidak mengenali, mula jatuh hati. Mulalah dia hendak merisik perihal Raudhah daripada Rania tanpa mengesyaki kedua-dua pemilik nama itu adalah  orang yang sama.

Dah ni nak ke mana ni? Dengan bagasi besar ni? - Maliqi

Aku ada misi - Rania

Misi? Misi apa? - Maliqi

Misi mencari suami - Rania

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta dan pencarian jodoh
  • Penyamaran identiti serta rahsia diri
  • Keyakinan diri dan penerimaan terhadap fizikal
  • Cinta tiga segi dan perasaan yang terpendam

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta dengan konflik identiti
  • Peminat kisah percintaan yang diselitkan unsur komedi dan drama
  • Pembaca yang tertarik dengan tema perubahan diri serta keyakinan wanita
  • Peminat kisah cinta tiga segi dan perasaan yang dipendam

Maklumat Buku

  • Penulis: Sharina Elisa
  • Penerbit: KarnaDya
  • ISBN: 9789674062453
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan