• 2069
1

Alaf 21

Satu-Satunya Cinta

Regular price
RM 21.00
Sale price
RM 21.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Satu-Satunya Cinta

PERASAAN cinta ini ialah sesuatu yang ingin dielakkan oleh kedua-duanya. Ika Aizura sedar dia seolah-olah mengambil kesempatan. Alfi Hariz pula tahu keluarganya pasti menentang. Anak tuan rumah dan orang gaji saling menaruh hati. Tetapi, siapa di dunia ini yang mampu memilih dengan siapa dia jatuh cinta?

Kasih yang dipertaruhkan sepenuh jiwa mendapat restu jua setelah Alfi Hariz berkeras dengan pilihannya. Ika Aizura bersetuju menjadi suri hidupnya. Namun, hari pernikahan yang dijangka meriah dengan hujan kesyukuran menjadi gempar. Bakal pengantin perempuan melarikan diri tiba-tiba. Sekeping nota ditinggalkan oleh Ika Aizura. Aura pilu menyelubungi diri pengantin lelaki, ditinggalkan oleh cinta pada hari yang sepatutnya mencatatkan sejarah indah bukannya duka. Alfi Hariz bingung seketika. Mengapa impiannya dikhianati sesudah kebahagiaan mereka telah Ika Aizura janjikan? Pada saat itu, bapa pengantin lelaki mendesak supaya anaknya bernikah dengan wanita lain demi menutup aib jika majlis dibatalkan. Akhirnya, antara simpati dan cinta, mana yang perlu didahulukan?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta antara dua insan yang berbeza darjat dan latar keluarga
  • Tentangan keluarga terhadap hubungan percintaan
  • Konflik pengantin perempuan yang melarikan diri pada hari pernikahan
  • Perkahwinan demi menutup aib dan menjaga maruah keluarga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
  • Pembaca yang tertarik dengan kisah cinta berbeza darjat
  • Peminat cerita konflik keluarga dan tentangan restu
  • Pembaca yang menyukai plot pengantin melarikan diri

Maklumat Buku

  • Penulis: Hafimi Huzin
  • Penerbit: Alaf 21
  • ISBN: 9789831247303
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan