Fajar Pakeer
Pemilik Bahagia Oleh Nulna
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Pemilik Bahagia Oleh Nulna
Seorang perempuan akan kelihatan cantik ketika dia menjahit lukanya sendiri. Baginya cukup definisi bahagia itu memberikan ketenangan bukan pasangan yang melukakan.
Memulakan sebuah perhubungan dan berakhir dengan perpisahan merupakan prinsip Farha Nayla. Dirinya penuh konflik, dia mudah menerima cinta namun sukar untuk terus kekal dalam hatinya kerana baginya perkahwinan bukan satu kewajipan. Bercinta dengannya mudah, namun untuk mengahwininya, itu masalah!
Namun siapa sangka, perkenalannya antara jejaka tenang A+ itu semakin hari semakin mencairkan besi mangga yang sekian lama berkarat di hati.
“Try me, and you will be a loser.” – FARHA NAYLA
“I’m a loser if I miss a chance to get to know you.” - MUHAMMAD
Orang kata jodoh cerminan diri. Tapi ini sudah macam cermin dua muka. Berbeza sama sekali! Seorang sudah seperti gengster kaki pukul, seorang lagi sejenis tenang sentiasa, ibarat api dan air. Tetapi, tiada yang menyangka, di sebalik api yang membara terselit sebuah cerita duka. Si api itu sendiri yang sentiasa menyirami diri tatkala air mata turun ke pipi.
Bagi Muhammad, jalan hidup yang berkait dengan Farha memberikannya peluang untuk mengenali rapat dengan wanita itu. Malangnya serapat mana pun mereka, Muhammad fikir mudah untuk dia mendapatkan cinta Farha?
“Just close your eyes, not your heart.” - MUHAMMAD
“My heart had already closed.” – FARHA NYLA
Bahagia yang diragut dalam sekelip mata membuatkan Farha membuang Muhammad jauh daripada hidupnya. Sekali lagi, Farha sendirian. Dua kali lagi dia terluka dan beberapa kali lagi dia terjatuh melawan takdir. Farha tidak ingin lelaki mana pun walhal lelaki itu mungkin penyembuh laranya.
Bagaimana dengan jalan hidup Farha dalam mencari damai di jiwa?
Berjayakah Muhammad melarikan derita agar dapat dicipta bunga asmara?
Satu ketentuan daripada-Nya yang menyatukan dua hati. Namun, gejolak perasaan yang merusuh adakalanya menimbulkan persangka, adakah dia sememangnya bukan pemilik bahagia?
"Kalau aku buka hati aku untuk kau, satu hari kau pergi atau kau tinggalkan aku, aku taknak rasa sakit kehilangan.”
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Penyembuhan luka emosi selepas kehilangan dan perpisahan
- Ketakutan untuk mencintai serta membuka semula hati
- Konflik hubungan antara Farha yang keras dan Muhammad yang tenang
- Kepercayaan, persangkaan dan cabaran dalam percintaan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik yang menggemari kisah cinta penuh konflik
- Pembaca yang menyukai watak wanita kuat tetapi menyimpan luka
- Peminat kisah pasangan berbeza karakter seperti api dan air
- Pembaca yang tertarik dengan tema penyembuhan emosi dan peluang kedua
Maklumat Buku
- Penulis: Nulna
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838222525
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg