Fajar Pakeer
Satu Hari Nanti Oleh Shera Zulghafar
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Satu Hari Nanti Oleh Shera Zulghafar
“Saya minta maaf, encik! Saya tak sengaja langgar encik!” – MARISA SAFIYYAH
Pertemuan tidak sengaja di antara Marisa Safiyah dan Noah Lee Jin Hua menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka. Namun, Noah kecewa apabila mendapat tahu keluarga Safiyyah menjodohkan gadis itu dengan seorang imam muda, Ibrahim.
Walaupun hati Safiyyah sudah terpaut pada pemuda bermata sepet itu, dia tetap taat dengan permintaan ayahnya yang ingin bermenantukan Ibrahim.
“I tak layak nak bertanding dengan imam muda itu. Ayah you betul! Ibrahim adalah yang terbaik untuk you, Safiyyah.” – NOAH LEE
Tentangan keluarga dan takdir memisahkan mereka. Noah memilih untuk menerima tawaran kerja di Dubai. Tiga tahun Noah dan Safiyah berpisah. Di Dubai, Noah bertemu Aulia Kristoph. Persahabatan di antara mereka melahirkan rasa cinta di hati Aulia.
“Aku mencintaimu, Mas Noah. Demi Tuhan aku mencintaimu!” – AULIA KRISTOPH
Besar harapan Aulia padanya. Besar lagi beban Noah apabila dia kembali bertemu Safiyyah di Mesir.
Berdosakah jika dia masih mencintai gadis itu walaupun dia tahu Safiyyah mungkin sudah bersuamikan Ibrahim? Memilih antara gadis yang pernah dicintai ataupun gadis yang sedang mencari cinta.
Bahagia dengan yang baru atau bahagia dengan masa lalu? Apapun takdir yang telah ditetapkan-Nya, genggamlah sebelum ia hilang.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta terhalang oleh tentangan keluarga dan perbezaan latar belakang
- Konflik antara cinta lama, jodoh pilihan keluarga dan cinta baharu
- Pengorbanan dalam hubungan serta ketaatan kepada ibu bapa
- Perpisahan, jarak dan pertemuan semula selepas bertahuntahun
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Peminat kisah cinta terhalang dan cinta tiga segi
- Pembaca yang menggemari tema jodoh, takdir dan pengorbanan
- Peminat cerita tentang pertemuan semula selepas perpisahan
Maklumat Buku
- Penulis: Shera Zulghafar
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838220361
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg