• 9534
1

Fajar Pakeer

Bunga Pujaan Oleh Mawar Putih

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Bunga Pujaan Oleh Mawar Putih

Dia bukan bunga pujaan, jauh sekali bunga terindah, kerana setiap langkah yang diambil terasa begitu berat, seolah-olah bumi ini ingin menelannya. Namun, adakah peluang untuk dia menjadi bunga yang kelopaknya mekar, walaupun ranjaunya penuh dengan duri yang menyakitkan?

Lily Sofia - Tersembunyi luka yang tak terungkap. Cinta pertama yang seharusnya hadir di antara seorang ayah dan anak perempuan, tidak pernah dirasai sejak kecil, menimbulkan kekosongan yang membekas di setiap sudut hatinya.

“Sebab tu ayah selalu lebihkan kau. Habis aku?! Aku dah macam pengemis!" – Lily Sofia

Di kala hilangnya kasih sayang daripada insan bergelar ayah, hadir seseorang memulihkan jiwa tetapi dipandang diingin. Tengku Arjuna Mikael datang dengan penuh harapan. Dia percaya, hatinya akan memenangi bunga yang terbungkus di dalam kepahitan.

“My heart broke into a million pieces, Mikael. Cuba beritahu saya pecahan mana yang kamu mahu limpahkan dengan kasih sayang dan cinta?” Lily Rose

“Aku tak kisah pecahan yang mana. Yang penting, that heart belongs to you.” – Tengku Arjuna Mikael

Seribu kali dia menolak, sejuta kali lelaki itu mengikatnya, membelenggu hati yang kian rapuh. Ditambah lagi dengan luka yang ditoreh keluarga, menikamnya bertubi-tubi dengan kata-kata tajam. Dendam itu semakin membuak, berperang di dalam kebencian yang tak pernah reda.

Masihkah ada ruang untuk dia percaya, setelah segalanya pernah hancur dan retak?

Atau ini sekadar satu lagi episod luka yang bakal menjeratnya ke dalam kegelapan yang sama?

Kepercayaan yang telah hancur ibarat kaca yang terpecah – bukan sekadar perlu disatukan semula, tetapi perlu dipaksa untuk bersinar meski setiap serpihannya masih mengingatkan pada kehancuran.

“Bunga yang kau semai dengan penuh kasih sayang, kini hampir dipaksa layu sebelum masanya.”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Trauma dan luka emosi akibat kekurangan kasih sayang seorang ayah
  • Konflik keluarga, pilih kasih dan katakata yang menyakitkan
  • Cinta sebagai jalan pemulihan jiwa
  • Kepercayaan, penolakan dan kesukaran membuka hati

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel cinta Melayu yang menggemari kisah emosi dan penuh konflik
  • Pembaca yang tertarik dengan tema trauma keluarga dan luka zaman kanakkanak
  • Pembaca yang menyukai kisah cinta dengan watak lelaki penyabar dan prihatin
  • Pembaca yang gemar cerita tentang pemulihan diri, kepercayaan dan peluang kedua

Maklumat Buku

  • Penulis: Mawar Putih
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838223102
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan