• 9325
1

Fajar Pakeer

Pengaseh Oleh Farah Bahazelan

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Pengaseh Oleh Farah Bahazelan

Kau dan aku perlu bersatu! Biar jasad berbeza namun jiwa harus berkorban sepanjang nyawa!

Walinong la yang sari, Puteri bestari, datang membawa talam, datanglah mari…

Irama gamelan dan lembut gemalai tarinya memukau mata manusia namun tiada yang menyedari ia adalah satu seruan pemujaan untuk Sang Iblis. Bagi Seri Delima, jeritan dan darah mangsa adalah hiburan untuk dia dan Azizah dalam menundukkan manusia.

Namun percaturan Akif mencari kerja di Hotel Duta Srikandi membuka rahsia hitam yang tidak pernah terungkai. Satu per satu peristiwa mistik berlaku membuatkan lelaki itu cuba mencari kebenaran.

“Bukankah Seri Delima hanya seorang gadis yang tidak setara kudratnya dengan kau?”-Akif

“Memang kudrat aku dan dia tak sama. Silap hari bulan aku boleh mati terjelir jika bertarung dengannya.”- Harun.

Kehilangan Harun dan gangguan yang dialami oleh Diana, rakan sekerjanya membuatkan Akif tidak berdiam diri lagi. Lebih-lebih lagi apabila dia mula menjadi sasaran untuk korban gadis itu.

“Sampai sekarang aku boleh dengar rayuan Muiz. Malah darahnya sempat dihirup.”- Seri Delima

Manusia punya peluang untuk menemui jalan pulang namun mampukah seorang manusia yang sekian lama berteman dengan iblis kembali mencintai Yang Hak?

Dia sudah terikat dengan perjanjian berdarah yang membawanya ke neraka.

Adakah pilihan untuknya masih ada, walaupun secebis rasa kasihan?

“Sudah aku katakan. Jika kau menjejaki langkahku, kau tidak akan akan bertemu jalan pulang!”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Pemujaan iblis dan ritual mistik
  • Gangguan makhluk ghaib di Hotel Duta Srikandi
  • Perjanjian berdarah dan korban manusia
  • Pencarian kebenaran di sebalik rahsia hitam

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel seram dan kisah paranormal
  • Peminat cerita berlatarkan ritual mistik serta pemujaan iblis
  • Pembaca yang menyukai misteri, rahsia gelap dan gangguan ghaib
  • Peminat kisah thriller psikologi dengan unsur keagamaan

Maklumat Buku

  • Penulis: Farah Bahazelan
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838222310
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan