• 4359
1

Karyaseni

Backup Cinta Oleh Ieya Sha

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Backup Cinta Oleh Ieya Sha

Isha Humaira, sekali pandang hatinya sudah tertawan. Lelaki itu hadir saat jiwanya hampir mati, namun raut wajah itu mengembalikan senyumannya. Biarpun orang akan kata dia gila sebab tenang melihat muka bengis bak harimau kelaparan itu, hatinya masih lagi tertarik.

Shahrul Haikal, kerana kecewa dia membawa diri jauh dari Malaysia. Dia gigih membina kerjaya sendiri dan buktikan dia masih boleh berdiri dengan kaki sendiri. Kerana jiwanya yang pedih, dia berubah menjadi lelaki yang angkuh, sombong dan pentingkan diri sendiri. Dibenci oleh adik-adik sendiri, membuatkan sikapnya semakin dingin.

Pertemuannya dengan Diana Humaira saat pulang ke tanah air, membuatkan dia mengambil satu keputusan dalam hidupnya. Wanita itu ialah perempuan paling layak untuk menjadi isterinya walaupun tanpa cinta.

Diana Humaira, kisah semalam membuatkan dia bertegas melindungi diri sendiri. Usah bicara tentang cinta kerana cinta itu hanya kosong baginya. Hanya menyakitkan! Kehadiran Shahrul yang sering kali mendesaknya membuatkan dia bengang. Cinta? Itu bukan dirinya!

Kerana satu salah faham, Isha, Shahrul dan Diana terperangkap dalam permainan yang mereka ciptakan sendiri. Diana egois, Shahrul selfish dan Isha yang positif.

Will you marry me? - Shahrul Haikal

Penipu! Siapa yang awak cinta sebenarnya? - Diana Humaira

Dek peristiwa yang tidak dijangkakan itu, hati Isha bagaikan dirobek-robek saat dia tahu akan permainan sebenar Si Shahrul, beruang muka ketat itu.

Maknanya saya ni backup cinta bos? Disebabkan orang yang sepatutnya tak datang, saya la yang terpaksa berlakon gantikan dia, macam tu? - Isha Humaira

Aku ingat kau ni tak cerdik tapi cerdik juga. Betul. Kau tu bukan sesiapa, cuma backup cinta saja. Kalau aku tak nak guna, aku buang aje. - Shahrul Haikal

Apakah pengakhiran buat tiga hati ini? Masihkah hati Shahrul yang bak batu tu masih setia inginkan Diana atau berubah milik? Antara Diana dan backup cintanya, Isha, siapakah yang menjadi pilihan?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta tiga segi antara Isha, Shahrul dan Diana
  • Hubungan berpurapura serta peranan “backup cinta”
  • Perkahwinan tanpa cinta dan konflik hati
  • Salah faham, ego dan permainan emosi

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel Melayu yang menggemari kisah cinta tiga segi
  • Peminat watak lelaki angkuh, dingin dan sukar meluahkan perasaan
  • Pembaca yang menyukai tema perkahwinan tanpa cinta
  • Peminat cerita penuh salah faham, konflik emosi dan drama hubungan

Maklumat Buku

  • Penulis: Ieya Sha
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789670890586
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan