• 6633
1

KarnaDya

Aku Bukan Jurujual Cinta Oleh Zura Fayyad

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Aku Bukan Jurujual Cinta Oleh Zura Fayyad

PERTEMUAN secara kebetulan antara Fawwaz dan Husna Nazihah ataupun dikenali sebagai Hunny tidak seindah yang disangka. Dan kalau boleh dielak, pasti Fawwaz akan rasa bersyukur kerana tidak perlu bertemu dengan gadis ego dan perasan bagus.

"Apa ni?" "Baju Cik Hunny tu dah koyak. Takkan nak berjalan depan public dengan baju yang koyak tu? Lainlah kalau Cik Hunny tu bintang Hollywood yang suka tayang badan kat public..."

"Busuk tak jaket kau ni? Kalau busuk, kau simpan sajalah..."

"Biar jaket busuk, Cik Hunny. Jangan hati kita yang busuk dengan sifat angkuh dan bongkak."

Namun dari insiden malang tersebut, mereka menjalin persahabatan. Dan daripada hubungan yang biasa-biasa, hati si gadis mula terpaut dengan karakter si jurujual. Tapi bukan senang untuk tackle hati si jurujual bernama Fawwaz. Hati si jurujual telah dimiliki oleh seseorang.

"Saya cintakan awak, Fawwaz!!!..."

"Saya minta maaf, Husna... Tapi cinta saya bukan untuk dijual beli. Saya bukan jurujual cinta yang begitu mudah memperdagangkan cinta saya kepada sesiapa saja termasuklah awak, Husna." Sejauh manakah FAWWAZ dan HUSNA NAZIHAH mampu mempertahankan cinta mereka berdua? Ketahui kisah selanjutnya di dalam naskhah Aku Bukan Jurujual Cinta...

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Pertemuan secara kebetulan antara dua watak yang berbeza personaliti
  • Persahabatan yang berkembang menjadi perasaan cinta
  • Konflik cinta apabila hati seseorang telah dimiliki
  • Ego, sifat angkuh dan perubahan karakter dalam hubungan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta daripada persahabatan
  • Pembaca yang menggemari watak lelaki bersahaja tetapi sukar didekati
  • Pembaca yang suka konflik cinta dan perasaan tidak berbalas

Maklumat Buku

  • Penulis: Zura Fayyad
  • Penerbit: KarnaDya
  • ISBN: 9789674062583
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan