• 8161
1

Fajar Pakeer

Ghaib

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Ghaib

Sepatutnya Hash, Hammad dan Nazim tidak menceroboh ke bilik perpustakaan arwah aki pada malam itu. Sepatutnya Sora juga tidak perlu terlibat dengan mereka bertiga. Sepatutnya mereka tidak memanggil makhluk itu....

“Kuseru namamu tiga kali, datanglah menjemputku.” - HASH

Jika mereka tidak menjadi pengacau, sudah tentu gangguan demi gangguan yang penuhdengan misteri itu tidak akan berlaku. Sudah tentu semua keanehan yang menyeramkan dan berbaur mistik itu tidak perlu dialami oleh mereka.

“Tapi yang aku tak tahan, lembaga tu masih kejar aku.” - NAZIM

“Kau fikir apa sebenarnya yang ganggu kita?” – HAMMAD

“Aku diganggu. Kau semua diganggu. Tak kira malam, siang pun diganggu. Sekarang kita nak buat macam mana pun kita tak tau.” - SORA

Penyesalan sudah terlambat. Mereka tidak boleh melarikan diri kerana makhluk yang bukan berasal dari alam manusia nekad mahukan mereka sama ada hidup mahupun mati.

Jawapan harus ditemui sebelum semuanya bakal mati sia-sia.

Mampukah mereka meloloskan diri daripada terus terperangkap di alam ghaib yang penuh
dengan sengketa?

Siapa lagi yang mampu menyelamatkan mereka atas kesalahan yang dicipta sendiri?

Yang menoktahkan sebuah misteri adalah kuasa-Nya, sama ada mati atau pergi.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Gangguan makhluk ghaib dan alam mistik
  • Ritual memanggil makhluk dari alam lain
  • Misteri bilik perpustakaan arwah aki
  • Persahabatan, keberanian dan penyesalan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel seram dan kisah paranormal
  • Peminat cerita misteri yang penuh tekateki
  • Remaja dan dewasa yang menggemari fiksyen Melayu
  • Pembaca yang suka kisah persahabatan dalam situasi mencemaskan

Maklumat Buku

  • Penulis: Nurul Omar
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789675985621
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan