• 7645
1

Kaseh Aries Publication

Encik Kembar Jatuh Cinta Oleh Aira Eddy

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Encik Kembar Jatuh Cinta Oleh Aira Eddy

Pilihan jodoh oleh Syarifah Al Bahiyah adalah pilihan muktamad. Setiap butir perkataan yang keluar daripada mulutnya adalah arahan mati. Mampukah cucu kembar pertama Syarifah Al Bahiyah, Tengku Zaim Hakimi bin Tengku Zahid Harith mencari gadis yang sekufu dengannya sebelum tempoh yang diberikan tamat?

"I don't have someone special in my heart. Someone yang sesuai untuk dijadikan calon isteri. Along rasa macam nak give up!" - Tengku Zaim Hakimi

Cinta yang tiba-tiba datang harus dibuang jauh disebabkan gadis pilihan Syarifah Al Bahiyah wajib dinikahi. Dapatkah Tengku Zaid Hakimi bin Tengku Zaid Harith, cucu kembar yang kedua melupakan cinta yang mula bersemai dihati?

"Angah tak kan bertindak sesuka hati, Angah tak kan lukai hati orang yang Angah sayang..." -Tengku Zaid Hakimi

Sengaja tidak membenarkan mana-mana perempuan hinggap dihatinya disebabkan jodoh sudah diatur oleh nendanya. Adakah akan hadir rasa cinta pada gadis yang akan dikahwini oleh Tengku Zalif Hakimi bin Tengku Zahid Harith, cucu kembar ketiga Syarifah Al Bahiyah?

".........I don't think I can love her. Mungkin dia pun sama, mama papa dia yang suruh kahwin. Entah-entah boyfriend sana sini. Mana kita tahu." -Tengku Zalif Hakimi

Cinta yang sudah dipupuk sejak zaman persekolahan perlu bersaing dengan cinta gadis pilihan Syarifah Al Bahiyah. Demi kasih dan cinta, adakah Tengku Zaqif Hakimi bin Tengku Zahid Harith, cucu kembar keempat Syarifah Al Bahiyah akan sanggup berpoligami?

"Saya akan buat apa sahaja asalkan kita dapat bersama, boleh Intan tunggu saya ceraikan dia"-Tengku Zaqif Hakimi

Di sebalik cerita cinta cucu-cucu kembar Syarifah Al Bahiyah terselit seorang insan yang bernama Nurul Iffah binti Atan. Demi wasiat bapa Iffah, serta rasa cinta, kasih dan pengorbanan, kakinya dikunci di banglo Syarifah Al Bahiyah.

"........... this is my place for 28 years." -Nurul Iffah

Siapa Iffah? Kenapa dia sangat dibenci Syarifah Al Bahiyah? Sama-sama kita nantikan pengakhirannya dalam Encik Kembar Jatuh Cinta.

"Perasaan tu kurnia Allah, even kita trying so hard nak elakkan, tapi kalau memang Allah nak bagi, Dia akan bagi jugak." -Nurul

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Jodoh yang diatur oleh keluarga dan perkahwinan tanpa pilihan sendiri
  • Konflik cinta antara perasaan peribadi dengan tanggungjawab keluarga
  • Kisah cinta empat pasangan kembar dengan cabaran yang berbeza
  • Rahsia keluarga, kebencian dan wasiat yang mempengaruhi kehidupan Nurul Iffah
  • Pengorbanan, kesetiaan, poligami dan keberanian mempertahankan cinta

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu yang gemarkan tema jodoh paksa dan cinta selepas berkahwin
  • Pembaca yang menyukai kisah keluarga bangsawan, konflik warisan dan rahsia masa lalu
  • Pembaca yang berminat dengan cerita berbilang watak, drama emosi dan percintaan yang kompleks

Maklumat Buku

  • Penulis: Aira Eddy
  • Penerbit: Kaseh Aries Publication
  • ISBN: 9789672035190
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan

  • Andai Itu Takdirnya — Siti Rosmizah
  • Suamiku Ustaz — novel romantik bertemakan jodoh pilihan keluarga dan cinta selepas perkahwinan
  • Cinta Kontrak — novel romantik bertemakan perkahwinan terancang, konflik perasaan dan rahsia keluarga