• 2195
1

Jemari Seni

Novel Untuk Asyikin

Regular price
RM 17.00
Sale price
RM 17.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Novel Untuk Asyikin

“Bunga tu mekar dalam hati, tetapi cantik kelopaknya terletak di mata.”
“Mata siapa?” Nurasyikin sudah tercium baunya, tetapi dia pura-pura masih tidak faham.
“Di mata yang bercakap.”
“Bunganya?”
“Di depan, tetapi imejnya tersimpan di minda dan di hati.”
Nurasyikin senyum nipis dan tawar. Menimbang bagaimana keadaannya kalau dia cakap ‘ya’ ataupun cakap ‘tidak’. Ada risiko bagi kedua-dua jawapan. Dia sudah berdepan dengan perkara ini berulang kali.
“Beginilah, bunga perlu mengukur diri, bunga takut pada harapan taman yang meninggi gunung.” Madah dijawab dengan madah. Nurasyikin memandang tajam ke dalam mata dia yang sungguh-sungguh asyik menanti.
“Wah, orang biotech pun sudah pandai bermadah! Padanlah orang sastera tak dapat kerja!”
Mata mereka saling menatap.

Sukarnya menjadi rama-rama yang bersayap cantik, ‘dia’ sering aja menjadi perhatian!

* * * *

Novel untuk Nurasyikin ialah karya kreatif seorang profesor dalam bidang sains yang sejak kecil meminati kesusasteraan. Susurilah pendekatan ISMAD ASTAR yang menggunakan kaedah motivasi untuk ‘menasihati’ pelajarnya yang seorang ini!

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta, perasaan dan luahan hati
  • Dilema membuat keputusan dalam hubungan
  • Bimbingan, motivasi dan perkembangan diri pelajar
  • Hubungan antara pensyarah dan pelajar

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel Melayu bertemakan cinta dan emosi
  • Pelajar sekolah menengah, kolej dan universiti
  • Pendidik, pensyarah serta peminat kisah bimbingan akademik
  • Pembaca yang meminati gabungan sains dan kesusasteraan

Maklumat Buku

  • Penulis: Ismad Astar
  • Penerbit: Jemari Seni
  • ISBN: 9789675118111
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan