Fajar Pakeer
Tulus Oleh Zara Aluwi
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tulus Oleh Zara Aluwi
Tulus karya Zara Aluwi membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Syukri. Cinta pertama tidak akan mati sampai bila-bila. Ia akan terkubur oleh waktu, tetapi tidak pada hati. Sampai bila-bila pun, abang tetap tunggu.”– SYUKRI “Cinta semalam dah berlalu, bang. Nurul tumpang bahagia.” - NURUL Syukri cinta pertamannya, lelaki yang
Sinopsis Novel Tulus
Cinta pertama tidak akan mati sampai bila-bila. Ia akan terkubur oleh waktu, tetapi tidak pada hati.
“Abang masih tunggu Nurul. Sampai bila-bila pun, abang tetap tunggu.”– SYUKRI
“Cinta semalam dah berlalu, bang. Jangan tunggu Nurul. Berkahwinlah dengan sesiapa pun. Nurul tumpang bahagia.” - NURUL
Syukri cinta pertamannya, lelaki yang telah menyelamatkannya tetapi lelaki itu jugalah yang telah mematahkan hatinya. Nurul akur bukan jodohnya bersama Syukri. Antara cinta dan keluarga. Biarlah dia berkorban. Dia sayangkan lelaki itu tetapi dia lebih sayangkan ibu dan ayahnya. Dia akur bila Abang Wan menjadi pilihan ayahnya. Dia akan cuba membina masa depan dengan lelaki itu.
Dunia barunya bersama Abang Wan tidak pernah bahagia. Herdikan, pukulan menjadi santapan hidupnya hingga sanggup seorang suami menjual isterinya demi melunaskan segala hutang. Dia nekad untuk melarikan diri. Mana mungkin Nurul akan bertahan di neraka ciptaan manusia ini.
Kehidupan Nurul penuh dengan teka teki. Dia tidak pernah mengerti kenapa dugaan begitu hebat untuk gadis sepertinya.
Ketika cinta pertama muncul kembali, dia masih dihadapkan dengan pelbagai masalah. Dia masih keliru dengan takdir hidupnya.
Namun kehadiran Syukri memberi satu petanda bahawa memang lelaki itu adalah cinta pertama dan cinta terakhirnya. Syukri adalah semangatnya. Tempat dia berpaut dari terjatuh lagi.
Bagaimana dengan Syukri? Tuluskah dia menerima Nurul seadanya?
Cinta itu perlu ketulusan untuk menyempurnakannya bukan? Bertahan atau menyerah... hanya hati yang merasa dapat menduga.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Tulus
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Zara Aluwi
- Cinta Lot 168
- Keranamu