Fajar Pakeer
The Hidden Truth Oleh Farhah Aiddin
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
The Hidden Truth Oleh Farhah Aiddin
The Hidden Truth karya Farhah Aiddin membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Sama. Adakah mimpi itu nyata atau sekadar fantasi? Apa yang akan kau lakukan jikalau mimpi yang kau alami adalah sebuah kenyataan? Sama ada cepat atau lambat, kau tahu mimpi itu pasti akan terjadi. Kau bahagia… namun ada sesuatu yang kejam menanti… Ayyash Furqan,
Sinopsis Novel The Hidden Truth
Adakah mimpi itu nyata atau sekadar fantasi?
Apa yang akan kau lakukan jikalau mimpi yang kau alami adalah sebuah kenyataan? Sama ada cepat atau lambat, kau tahu mimpi itu pasti akan terjadi. Kau bahagia… namun ada sesuatu yang kejam menanti…
Ayyash Furqan, dia mangsa keadaan. Hidupnya sentiasa disulami konflik yang menyakitkan. Hanya dalam mimpi sahaja dia dapat merasai apa itu indah.
Hulya Amaya, si gadis hujan yang sering dipulaukan kerana wajahnya berparut hodoh. Parut kekal yang meninggalkan seribu satu lara yang tak mungkin hilang.
Persamaan? Kedua-dua melalui liku hidup yang kejam. Perbezaan? Seorang loser membiarkan saja diri ditindas manakala seorang lagi brutal melawan apa saja yang menghalang.
“Dendam itu lebih menakutkan daripada mahkluk halus yang sedang memerhati kita sekarang.” -AYYASH
“Kadang-kadang aku terfikir, kenapa perlu berdendam walhal ia amat menyakitkan?” -HULYA
Ada ranjau yang menikam. Ada cahaya yang menyilaukan. Kisah yang mahu mereka diam tersembunyi dalam lubuk hati masing-masing. Semakin mereka mengenali antara satu sama lain, semakin banyak perkara memeritkan.
Mungkinkah dengan mengikut aksara mimpi rasa bahagia mampu menjengah hidup Ayyash? Atau Hulya perlu mengubahnya untuk mencipta yang diimpikan selama ini?
Jika mimpi itu membahagiakan, biarkan aku terus bermimpi kerana realiti di sebalik kebenaran, mampu melenyapkan sebuah makna yang tersembunyi.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel The Hidden Truth
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
- Kekeluargaan
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Farhah Aiddin
- Saat Hilangnya Pelangi
- Hijab Qasyaf
- Historia: Cursed Destiny