Fajar Pakeer
Terakhir Untuk Selamanya Oleh Kathy Tuah
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terakhir Untuk Selamanya Oleh Kathy Tuah
Terakhir Untuk Selamanya karya Kathy Tuah membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Hati. Walau bibir ini tak berkata Bukan bererti hati ini tak berasa Trauma jatuh cinta bagaikan melekat dalam hati Kayla. Apa tidaknya, Annuar yang disanjung tinggi, dipuja melangit, berpaling daripadanya. Bodohnya dia mempercayai spesis lelaki tidak setia. Namun,
Sinopsis Novel Terakhir Untuk Selamanya
Walau bibir ini tak berkata
Bukan bererti hati ini tak berasa
Trauma jatuh cinta bagaikan melekat dalam hati Kayla. Apa tidaknya, Annuar yang disanjung tinggi, dipuja melangit, berpaling daripadanya. Bodohnya dia mempercayai spesis lelaki tidak setia.
Namun, demi membuktikan dirinya kuat tanpa lelaki bernama suami di sisi, Kayla bangkit. Dia berubah menjadi Kayla yang lebih dramatik, Kayla yang lebih anggun dalam agama dan tutur kata, Kayla yang ala-ala wonder woman. No lelaki, no hal.
Tetapi, bertemu dengan Adli, hati yang retak seribu, mula bercantum-cantum. Hati yang dingin macam ais, mula cair. Kata tak nak bercinta, tapi kenapa hati ini melompat-lompat setiap kali terlihat mamat ni?
Bila Adli ajak kahwin, Kayla terkejut. Mamat ni tak rabun hati kan?
“Kayla... kita kahwin...” Kayla yang tadi mengayun langkah terus termati langkahnya.
“Kayla... kita kahwin...” ulang Adli lagi. Kali ini nadanya lebih yakin berbanding tadi.
“Awak tak tahu masa silam saya, Adli. Saya bukan seperti Kayla yang awak lihat sekarang ni. Saya dulu...”
“Masa silam saya juga tidak seindah yang awak sangka, Kayla. Tapi awak kena tahu, Allah lihat kita yang hari ini, bukan kita yang semalam atau sebelumnya.”
Bila Kayla sebut yes, datang pula bekas pujaan hati ingin kembali menjalin kasih. Pilihan semakin sukar. Sebelah kanan, pernah menjadi pujaan hati, sebelah kiri, mula berbunga-bunga dihati. Terakhir untuk selamanya, biar hati yang meneka. Siapakah pilihan hatinya?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Terakhir Untuk Selamanya
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Kathy Tuah
- Cahaya Qaseh
- Cinta Depan Mata