• 4317
1

Jemari Seni

Si Pemandu Hati

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Si Pemandu Hati Oleh Nazira Ilias

Si Pemandu Hati karya Nazira Ilias membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Najmi. Apabila Najihah yang suka berterus-terang berkata-kata… “Handsome? Handsome tu… tak perlu sekacak James Franco, cuma cukup ada satu rasa yang indah apabila kita pandang wajahnya. Wajah yang boleh buat aku tersenyum sampai ke hati.” Apabila Farid, Si Mat Bunga

Sinopsis Novel Si Pemandu Hati

Apabila Najihah yang suka berterus-terang berkata-kata…

“Handsome? Handsome tu… tak perlu sekacak James Franco, cuma cukup ada satu rasa yang indah apabila kita pandang wajahnya. Wajah yang boleh buat aku tersenyum sampai ke hati.”

Apabila Farid, Si Mat Bunga menyusun kata-kata…

“Berapa umur you? Kalau tak keberatan… minta nombor telefon boleh?”

Dan apabila Najmi yang banyak keraguan terpaksa berkata-kata…

“Helo... yup! Hmmmm…”

diam kejap.

“Ermm… oh, okey!”

Diam lagi.

“Err... er… a’ah.”

Di antara Najihah, Farid dan Najmi, mereka melalui episod cerita yang sama iaitu jatuh cinta pandang pertama. Namun, hanya ada satu nama yang melekat di hati Najihah.

Tetapi, tak semua cerita cinta Najihah itu berjalan dengan indah apabila ada sesuatu yang tersirat mengenai pilihan hatinya telah dibongkar dalam satu majlis. Adakah hati Najihah akan berubah arah? Orang kata cinta pertama sukar untuk dilupakan. Tapi, tak mustahil. Jadi, biar Najihah yang bercerita tentang hatinya.

***

Kisah cinta pandang pertama antara Najihah, Farid dan Najmi, satu kisah cinta yang biasa kita dengar dan baca. Namun Nazira Ilias berjaya mengolahnya dan menjadikan Si Pemandu Hati ini menarik dengan caranya tersendiri. Pembaca akan terhibur dengan lawak selamba dalam novel ini dan turut merasa apa yang Najihah rasa.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Si Pemandu Hati

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.