Fajar Pakeer
Sayangku Jasmin Oleh Bella H.
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sayangku Jasmin Oleh Bella H.
Sayangku Jasmin karya Bella H. membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Tutor. Hidup ada pelbagai cara untuk menguji manusia. Sama ada dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa ataupun dalam keadaan mempunyai segala-galanya. Jika Jasmin patah hati kerana keluarga, hati Aafan hancur dengan pemergian pemilik jiwa. Program Lenus Home Tutor
Sinopsis Novel Sayangku Jasmin
Hidup ada pelbagai cara untuk menguji manusia. Sama ada dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa ataupun dalam keadaan mempunyai segala-galanya.
Jika Jasmin patah hati kerana keluarga, hati Aafan hancur dengan pemergian pemilik jiwa.
Program Lenus Home Tutor menjadi titik pertemuan dua insan. Aafan menepis rasa. Jasmin menjaga raga. Bagi Aafan, ada bayang Fina dalam diri Jasmin. Jelas mereka dua wanita yang berbeza. Tapi, kenapa hati Aafan berdenyut dengan rentak yang sama untuk Jasmin?
Satu malam aturan-Nya, bermulalah sebuah kenyataan sehingga wujudnya satu ikatan.
Jasmin cuba menakluk hati. Aafan sejauh mungkin cuba berlari.
Kala cinta sudah menggoda, satu noda merubah segalanya. Jasmin lelah. Tidak mampu mengejar lagi. Tidak mungkin kembali merindui. Dihukum kerana bukan salahnya begitu menyakitkan.
Melihat penyeksaan lelaki itu, sanggupkah dia mencuba untuk kali yang terakhir?
“Don’t expect much. Cukup, saya nak hak yang boleh bawa awak keluar dari ‘dunia’ tu.” – AAFAN
Adakah doa yang ikhlas akan menembusi langit?
Mampukah pelangi yang pergi, membawa warna kembali?
“Benarlah, kadang cinta itu bermakna kita perlu melepaskan - JASMIN
Seharusnya mereka tidak bertemu. Seharusnya mereka tidak jatuh cinta kerana diakhir cerita, akan ada dua manusia yang bukan tercipta untuk bersama.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Sayangku Jasmin
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Bella H.
- Hanya Ikhlas Untuk Kamu