• 9323
1

Fajar Pakeer

Satu Kata Kunanti Oleh Nurnaein

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Satu Kata Kunanti Oleh Nurnaein

Satu Kata Kunanti karya Nurnaein membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Haufa. Gadis beku seperti Haufa akan jatuh cinta? Baginya, sisa hidup yang dia miliki hanya untuk melunaskan hutang dan dendam semata-mata. Namun angkara tersilap percaturan, Haufa harus terikat dengan perjanjian bodoh. Panggil dia sejahat-jahat wanita, kerana

Sinopsis Novel Satu Kata Kunanti

Ucapkan. Jika benar ia terasa.
Ucapkan. Jika benar ia ada.
Ucapkan. Jika benar ia cinta.

Gadis beku seperti Haufa akan jatuh cinta? Tidak akan sesekali terjadi! Baginya, sisa hidup yang dia miliki hanya untuk melunaskan hutang dan dendam semata-mata. Namun angkara tersilap percaturan, Haufa harus terikat dengan perjanjian bodoh.

Panggil dia sejahat-jahat wanita, kerana gelaran itu memang selayaknya buat seseorang bernama Haufa. Perasaan Harith hanya sekadar alat permainan buat Haufa. Tiada belas kasihan. Tiada simpati. Tiada istilah ‘menjaga hati’.

“Kalau you lepaskan picu tu, I pun akan buat benda yang sama. You akan berkahwin dengan mayat I nanti!” — HAUFA AQIRA

“Kau terlambat, Haufa. Totally late.” —HARITH AZREL

Apa daya, keadaan nyata sudah berbeza. Tidak akan sama seperti dulu lagi.

Mengapa harus terciptanya pertemuan jika pengakhirannya adalah sebuah perpisahan?

Haruskah Harith dan Haufa mengorbankan keegoan mereka demi cinta?

Hanya kerana bayangan masa silam, tanpa sedar, sisa waktu bahagia mereka telah disiakan bertahun lama. Sebaliknya yang tersisa hanya kenangan.

Melupakan dan melepaskan bukan sesuatu yang mudah, untuk kali ini, biarlah satu kata yang dinanti menjadi nyata.

“Remember that I told you, few years ago? For now, can I say that... I did it?"

A true love never has an ending.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Satu Kata Kunanti

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.