Fajar Pakeer
Saat Hilangnya Pelangi Oleh Farhah Aiddin
- Regular price
- RM 33.00
- Sale price
- RM 33.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Saat Hilangnya Pelangi Oleh Farhah Aiddin
Saat Hilangnya Pelangi karya Farhah Aiddin menampilkan hubungan yang bermula dengan perselisihan dan kebencian sebelum bertukar menjadi sesuatu yang tidak dijangka. Kisah ini berpusat pada Bintang Aura. Seusai hujan, ada yang berharap datangnya pelangi. Namun, seindah apa pun pelangi yang menyapa akhirnya akan menghilang. Hidup memerlukan sinaran matahari dan badai hujan namun kadang kala pelangi menutup sebuah cerita luka yang menjadi rahsia. Sama ada sedar
Sinopsis Novel Saat Hilangnya Pelangi
Seusai hujan, ada yang berharap datangnya pelangi. Namun, seindah apa pun pelangi yang menyapa akhirnya akan menghilang.
Seperti itulah lakaran kehidupan. Hidup memerlukan sinaran matahari dan badai hujan namun kadang kala pelangi menutup sebuah cerita luka yang menjadi rahsia.
Ya, rahsia. Semua orang ada rahsia. Sama ada sedar atau tidak, ada antara kita yang sedang menjadi watak utama dalam rahsia orang lain.
Dia gadis yang hidupnya kucar-kacir selepas dengan beraninya melanggar pantang larang abinya. Malangnya bertambah apabila ada yang mengirim gambar-gambar yang berbaur fitnah dan ugutan.
Lelaki ini, hidupnya tenang-tenang sahaja selepas melalui pelbagai episod kehidupan yang menyeksakan. Namun kemunculan musuh ketatnya secara tiba-tiba telah mengganggu-gugat ketenangan yang diraih.
“Kau dah kenapa?” – Hayyin Fahri
“Kau tu yang dah kenapa susah sangat nak sedar diri hah?” – Bintang Aura
“Sedar diri apa pulak ni?” – Hayyin Fahri
“Sedar diri yang kau tu suami aku!” – Bintang Aura
Bila masa dia berkahwin dengan ex-Head Prefect yang gila kuasa ini? Gila! Aura yang sedang melemparkan fitnah atau Fahri yang amnesia?
Mencintai tidak bermakna memiliki. Apatah lagi memilikinya membawa maksud bakal menghancurkan hati yang tulus mencintai. Biarlah.. dia sanggup digelar bagai pungguk rindukan bulan daripada menjadi asbab penderitaan orang yang amat dicintainya.
“Saya pembawa bencana dan malapetaka yang dahsyat dalam hidup awak.” – Bintang Aura
Siapa pula yang tergamak menghancurkan satu per satu kebahagiaan yang mereka perolehi selama ini?
Mampukah pelangi yang hilang mewarnai kembali langit indah mereka?
“Jikalau harus memilih antara kau dengan segalanya, aku akan memilih kau kerana kau adalah segala-galanya.”
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Saat Hilangnya Pelangi
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Farhah Aiddin
- Hijab Qasyaf
- Historia: Cursed Destiny
- The Hidden Truth