• 3071
1

Penulisan2u

Rindu Kamu Mr. Darcy Oleh Syamnuriezmil

Regular price
RM 18.00
Sale price
RM 18.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Rindu Kamu Mr. Darcy Oleh Syamnuriezmil

Rindu Kamu Mr. Darcy karya Syamnuriezmil membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Seorang. Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu... Faris seorang lelaki yang sangat mementingkan maruahnya dan Hayfa pula seorang perempuan yang sangat prejudis. Perkenalan bermula dengan penuh rasa kebencian. Mereka saling berharap tidak akan bertemu dengan

Sinopsis Novel Rindu Kamu Mr. Darcy

Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu...

Kisah antara Faris dan Hayfa. Faris seorang lelaki yang sangat mementingkan maruahnya dan Hayfa pula seorang perempuan yang sangat prejudis. Perkenalan bermula dengan penuh rasa kebencian. Mereka saling berharap tidak akan bertemu dengan salah seorang daripada mereka dalam dunia ini.

“Awak memang kaki skodeng, ya? Awak ikut saya sampai ke sini, ya? Awak ni sakit jiwa ke apa?”

“Eh, Encik Faris yang semuanya sempit, awak ingat saya ingin sangat ke tengok muka awak ada dekat sini. Huhhh!!!”

Tapi...

Orang kata, jangan benci sangat nanti lama-lama jadi sayang. Sayang ke kalau hanya seorang saja yang meluahkan perasaan, yang lagi seorang masih tidak bersedia?

“Tolonglah Hayfa, terimalah saya dalam hidup awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk tidak jatuh cinta kepada awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk berpisahdengan awak. Ini pun... Rindu sangat-sangat.”- FARIS DARWISY

Muncul pula Haziz Mukhlis, menambahkan lagi prejudis Hayfa kepada Faris. Adakah Hayfa mempercayai cerita Haziz sehingga takut menerima cinta Faris? Perlukah Faris mengetepikan maruahnya demi cintanya kepada Hayfa?

“Siapa awak sebenarnya?” - HAYFA IDHAR

“Seorang yang mencintai awak tanpa mengharapkan balasan.” - FARIS DARWISY

Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu...

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Rindu Kamu Mr. Darcy

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Syamnuriezmil

  • Awak Sangat Nakal!
  • Mr Grey
  • Kembali Mencintai
  • Manuskrip Cinta
  • Suami Tanpa Cinta