Suara Hati Publication
Pilihan Hati Mr Millionaire Oleh Fara Hana
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pilihan Hati Mr Millionaire Oleh Fara Hana
Pilihan Hati Mr Millionaire karya Fara Hana membawa pembaca menyelami kehidupan golongan bangsawan yang penuh cabaran dan emosi. Kisah ini berpusat pada Lisa. TENGKU DENNIS… bagai bulan jatuh ke riba. Begitulah perumpamaan bagi kehadiran lelaki itu dalam hidup Lisa. Kedudukan dan kemewahan yang dimiliki lelaki itu telah mengubah kehidupan Lisa sepenuhnya bagaikan malam yang diganti siang. Atas bawah kiri kanan
Sinopsis Novel Pilihan Hati Mr Millionaire
TENGKU DENNIS… bagai bulan jatuh ke riba. Begitulah perumpamaan bagi kehadiran lelaki itu dalam hidup Lisa. Kedudukan dan kemewahan yang dimiliki lelaki itu telah mengubah kehidupan Lisa sepenuhnya bagaikan malam yang diganti siang. Atas bawah kiri kanan dihiasi dengan kemewahan sehinggakan Lisa turut hanyut dalam dunia yang dicipta oleh lelaki itu.
LISA… apa lah sangat perempuan kampung tu, buat enjoy waktu muda ni ok lah. Begitulah niat yang disimpan oleh Tengku Dennis terhadap Lisa pada awalnya. Tapi, kuat mana je hati jantan dia tu? Lama kelamaan jadi berat pulak hati tu nak melepaskan perempuan kampung itu dari hidupnya.
“Awak tipu! Saya tau awak yang ambik. Kalau bukan awak siapa lagi? Tengah-tengah laut pula tu. Takkanlah ada pencuri. Saya tau saya belajar tak tinggi tapi saya tak bodoh tau. Bak balik!” – Lisa
“La… sedar diri rupanya. Ingatkan tak sedar diri. Tapi tak apa, belajar tak tinggi pun boleh pakai branded jugak kan?” – Tengku Dennis
Mr. Millionaire dan gadis kampung… datang dari dua dunia yang berbeza, lahir dari jalan cerita yang tak sama. Ini kisah kehidupan mereka yang hanyut bersama melayari lautan kemewahan dunia sehingga mereka menemui salah satu tujuan sebenar dalam sebuah kehidupan.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Pilihan Hati Mr Millionaire
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
- Inspirasi
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Fara Hana
- Bunga Aurelia
- Ratu Di Hati Beast
- Sweet Revenge
- Jelita
- My Devil Husband