Suara Hati Publication
Bunga Aurelia Oleh Fara Hana
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Bunga Aurelia Oleh Fara Hana
Bunga Aurelia - Gelandangan? Tidak pernah terlintas di fikirannya yang dia akan ‘tersadai’ di lorong gelap dan kotor ini, meniti hari mendatang yang penuh kesulitan. Hadirnya Benjamin memberinya sinar harapan. Kemewahan yang diberi bukan sedikit, kasih sayang yang ditabur bukan sementara. Benjamin dunianya kini. Lelaki itu adalah segala-galanya.
Benjamin - Dalam diri Bunga ada Benjamin yang silam… Benjamin yang bukan siapa-siapa. Dia tahu apa yang Bunga rasakan. Dia mengerti apa yang Bunga mahukan.
“Aku faham apa yang ada dalam hati dan jiwa kau sebab aku pernah berada di tempat kau. Bezanya… aku lelaki dan kau perempuan. Kalau aku yang lelaki pun rasa sengsara, kau tentu lebih sengsara dari aku.” - Benjamin
Hardy Mikail - Bunga Aurelia, sebaris nama yang menjadikan dia penasaran sendiri. Gadis itu bukan sembarangan gadis.
“Kau jangan lantang sangat nak tegakkan benang yang basah. Berapa kali aku nak cakap, bukan sebab rupa. Tapi, sebab kau tipu aku. Kau tipu aku! Faham tak?! Aku paling benci orang tipu aku!” – Hardy Mikail.
“Ben, kau ingat kahwin adalah sebahagian dari kemahuan aku? Apa yang aku mahukan hanya kau dan hidup kita yang dulu, Ben. Aku ada kau dan kau ada aku. Tapi, aku silap. Kau dah terlebih bersedia untuk tinggalkan aku.” – Bunga Aurelia.
Bukan cinta tiga segi namun, kasih sayang yang terjalin sering disalahertikan. Bagi Bunga, Benjamin adalah nafasnya dan bagi Benjamin pula… Bunga adalah denyut nadinya. Namun, takdir tidak mungkin menyebelahi mereka. Yang sesat akan selalu sesat atau… mungkinkah ada cahaya yang bakal menyinari?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Ketabahan hidup dan perjuangan seorang gelandangan
- Kasih sayang, pengorbanan dan kebergantungan emosi
- Kepercayaan, penipuan dan konflik dalam hubungan
- Perbezaan status sosial serta kehidupan yang penuh kesusahan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
- Pembaca yang tertarik dengan kisah cinta penuh konflik dan pengorbanan
- Pembaca yang menyukai watak utama daripada latar kehidupan susah
- Pembaca yang gemar tema kepercayaan, rahsia dan salah faham dalam hubungan
Maklumat Buku
- Penulis: Fara Hana
- Penerbit: Suara Hati Publication
- ISBN: 9789671620953
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg