Fajar Pakeer
Pengawal Cinta Peribadi Oleh Maya Bahrun
- Regular price
- RM 22.00
- Sale price
- RM 22.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pengawal Cinta Peribadi Oleh Maya Bahrun
Pengawal Cinta Peribadi karya Maya Bahrun mengetengahkan watak yang sanggup melindungi insan yang disayangi dalam pelbagai situasi dan cabaran. Kisah ini berpusat pada Dengan. Rakaman pembunuhan orang tuanya sampai ke tangan Alan. Adik perempuannya ditawan oleh pembunuh terbabit sebagai cara untuk mengumpannya keluar. Lantas, Alan Jon Fatah muncul semula walaupun dia sudah dianggap mati oleh media dan keluarga. Dengan kemahiran
Sinopsis Novel Pengawal Cinta Peribadi
Rakaman pembunuhan orang tuanya sampai ke tangan Alan. Adik perempuannya ditawan oleh pembunuh terbabit sebagai cara untuk mengumpannya keluar. Lantas, Alan Jon Fatah muncul semula walaupun dia sudah dianggap mati oleh media dan keluarga.
Dengan kemahiran yang dipelajarinya dia berjaya menyelamatkan Iris. Alan berhubung dengan Mazni yang berhubungan rapat dengan Iris. Melalui bantuan Mazni dia berjaya membuat rancangan untuk menjaga adiknya sehingga semua urusannya selesai tetapi terpaksa menyembunyikan identitinya sebagai Alan Jon Fatah dan hanya menggunakan nama samaran Maksim Vlad demi untuk keselamatan Iris. Semuanya berpunca daripada dendam Bernardo.
“Tiada jalan keluar selain memburu dia. Aku yakin lelaki itu Alan. Sekarang ni, jangan harap dengan kedua-dua belah tangan kau. Sepasang kaki sempurna pun belum tentu akan menolong kita melarikan diri daripada Alan!”
Hanya Iris yang mengetahui siapa Maksim sebenarnya. Walaupun dia tidak berkenan siapa abangnya yang baru muncul itu, tetapi dia meyakini bahawa mereka berdua tidak akan berpisah lagi. Satu perkara yang sangat mengejutkan Alan berkenaan Iris, adiknya itu mempunyai kemahiran luar biasa. Dia mampu membaca minda seseorang!
“Dia abang kandung saya yang hilang 19 tahun yang lalu. Dia datang ke sini semata-mata hanya untuk melindungi saya.” - Iris Jon Fatah
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat nilai kekeluargaan.
- Watak yang mudah dihayati.
- Menyentuh emosi pembaca.
Genre Novel Pengawal Cinta Peribadi
- Novel Melayu
- Kekeluargaan
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat drama keluarga.
- Pembaca dewasa.
- Peminat kisah kehidupan.
Novel Berkaitan Maya Bahrun
- Rapuh Tanpa Dia