• 9404
1

Fajar Pakeer

Outside The Truth Oleh Nuraa Qilla

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Outside The Truth Oleh Nuraa Qilla

Outside The Truth karya Nuraa Qilla mengetengahkan watak yang sanggup melindungi insan yang disayangi dalam pelbagai situasi dan cabaran. Kisah ini berpusat pada Lucas Alexander. not every story should have a happy ending, right?” Setiap orang punya cerita yang berbeza. Begitu jua dia… hidupnya seperti alunan melodi yang indah, namun adakala bagaikan seekor burung yang dikurung duka di dalam sangkar. Tatkala dia merasakan dunianya

Sinopsis Novel Outside The Truth

“Well... not every story should have a happy ending, right?”
Setiap orang punya cerita yang berbeza. Begitu jua dia… hidupnya seperti alunan melodi yang indah, namun adakala bagaikan seekor burung yang dikurung duka di dalam sangkar.
Tatkala dia merasakan dunianya tidak adil apabila tiada seseorang pun berpihak padanya, hadirlah lelaki bernama Lucas Alexander. Iris fikir lelaki itu akan ada selamanya tapi salah faham buat mereka berpisah selama beberapa tahun. Sehinggalah mereka bertemu semula dan Alex kembali tunjuk sisi melindunginya.
“Touch my woman again, I’ll kill you for sure.”- Lucas Alexander
Awalnya saling benci tetapi mereka ingin mencuba peluang kedua. Namun, di kala bahagia mula menerpa, kenapa bukan dia yang disunting tetapi…
“Aku pilih adik kau.” – Lucas Alexander
Dalam cuba membenci, dia masih berharap sehinggalah, satu tragedi penculikan membuatkan semuanya berubah. Adik yang Iris benci dibunuh. Dia bertekad untuk mencari kebenaran pembunuhan Aris Delisha. Tidak Iris tahu, tragedi penculikan itu bukanlah permulaan segalanya. Kes itu membawa banyak rahsia yang terungkap dari hari demi hari sehingga membuat hati Iris kembali berbolak-balik.
“Kill me with the truth, Alex. Don’t make me happy with your pretty lies.” – Iris Deiyana
Siapakah dalangnya di sebalik semua yang terjadi? Dapatkah Iris menelan setiap kepahitan realiti di luar kebenaran dalam hidupnya?
Adakah mereka memilih untuk membenci seumur hidup?
Jika memang semuanya bersebab, dia ingin tahu segalanya walaupun satu hari nanti, kebenaran yang akan ternoktah menjadi luka yang dikoyak oleh waktu.
“Just want to let you know that I will do anything for her. Anything. Termasuk seksa orang sampai mati.”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Penuh suspen dari awal hingga akhir.
  • Plot yang sukar dijangka.
  • Sesuai untuk pembaca yang sukakan cabaran.

Genre Novel Outside The Truth

  • Novel Melayu
  • Thriller
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat thriller.
  • Peminat misteri.
  • Pembaca yang sukakan plot pantas.

Novel Berkaitan Nuraa Qilla

  • Burn The Truth Nuraa Qilla Terbitan Mei 2025
  • Twist The Truth