SR Publication
Mimpikan Kamu Oleh Aja
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Mimpikan Kamu Oleh Aja
Mimpikan Kamu karya Aja mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Selama. Kenali Ainzul Asrizal Tan Sri Hamdan Yahaya. Dia mempunyai ramai perempuan yang sanggup buat apa saja untuk mendapatkan perhatian darinya. Dia bergaya, berkerjaya, berkuasa, berkarisma serta merupakan jutawan di usia yang muda hasil kerja kerasnya sendiri.
Sinopsis Novel Mimpikan Kamu
Kenali Ainzul Asrizal Tan Sri Hamdan Yahaya.
Dia mempunyai ramai perempuan yang sanggup buat apa saja untuk mendapatkan perhatian darinya. Dia bergaya, berkerjaya, berkuasa, berkarisma serta merupakan jutawan di usia yang muda hasil kerja kerasnya sendiri. Ada lagi tambahan, dia merupakan pewaris terbesar empayar perkapalan orang tuanya.
Tapi…
Dia kaki parti, kaki perempuan dan juga segala kaki-kaki yang bukan menjadi impian yang sering dirindui satu-satunya gadis yang telah buat dia rebah tertunduk.
“Selama ni I harap bakal suami I seorang yang baik. I selalu rindu dia even I tak kenal dia. Tiap-tiap kali solat, I doa biar Allah jaga dia siang dan malam. Pimpin dia dalam apa saja keputusan yang dia buat. Untuk kebaikan dia, untuk kebahagiaan masa depan kita orang. Turned out, that person is you. I kecewa.” Itu kata Pia.
Menurut pendapat kawan baiknya Ezo mengenai Pia.
“Pia… Bukan taste akulah. Pasif, nerd, old school, berkerak macam tu!”
Tapi bagi Iju, Pia satu-satunya gadis yang layak bertakhta di hati. Dan dia tahu Pia akan menjadi penyebab untuk kematiannya pada suatu hari nanti kerana kehadiran gadis itu telah menarik satu persatu molekul oksigen yang dia perlukan untuk bernafas.
“Cik Sophia, katakan apa yang perlu I buat untuk meraih cinta you. Sky’s the limit.”
Mimpikan kamu! Sampai bila? Pia saja ada jawapannya.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Mimpikan Kamu
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Aja
- Bayar Balik Cinta Aku
- Semanis Cinta Red Velvet