Fajar Pakeer
Milik Aku: Iskandar Oleh Asyraaf Hazen
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Milik Aku: Iskandar Oleh Asyraaf Hazen
Milik Aku: Iskandar merupakan novel romantik keluarga karya Asyraaf Hazen yang menyentuh tema cinta, takdir, pengorbanan dan penerimaan. Novel ini membawa pembaca menyelami perjalanan dua insan yang dipertemukan oleh aturan keluarga dan diuji oleh perbezaan darjat, luka masa lalu serta pandangan manusia.
Zaheen Iskandar memiliki segala yang diimpikan ramai orang, namun dia percaya bahawa kebahagiaan sebenar bukan terletak pada kesempurnaan. Sebaliknya, kebahagiaan hadir apabila seseorang mampu menerima kekurangan dan ketidaksempurnaan dengan hati yang ikhlas.
Dengan gaya penceritaan yang menyentuh emosi, novel ini sesuai untuk pembaca yang gemarkan kisah cinta matang, nilai kekeluargaan, konflik sekufu dan perjuangan mempertahankan hubungan di sebalik pelbagai ujian kehidupan.
Sinopsis Novel Milik Aku: Iskandar
Ketika Tuhan mengirimkan seseorang untuk menyelamatkan hidupmu, dia tidak akan berbicara pada ragamu, dia akan berkata pada hatimu.
Zaheen Iskandar, lelaki yang punya segala-galanya. Dia bagaikan burung yang terbang bebas di langit biru, menggapai segala kemahuannya. Meskipun begitu, baginya kebahagiaan bukanlah di saat kita memiliki kesempurnaan, namun ketika kita dapat menerima ketidaksempurnaan dengan tulus dan ikhlas.
âTak ada manusia atau satu perkara pun yang wujud dalam dunia ni, tak berguna. Sampaikan debu pun berguna untuk bertayamum bila air tak ada.â â Zaheen Iskandar
Arreya Marissa, gadis polos yang bersih hatinya. Impian hidupnya hanyalah untuk membahagiakan Puan Arisah. Dia nampak biasa, namun terselit sayap yang cacat membuat dia terpaksa menjadi luar biasa.
âRey percayakan dia orang, ma. Kenapa dia orang buat Rey macam ni?â â Arreya Marissa
Takdir yang diatur oleh Sang Pencipta ibarat untaian benang sutera yang dirajut dengan penuh kehalusan. Setiap jalan yang ditempuhi adalah bahagian daripada rancangan-Nya yang sempurna.
Disulami asmara yang indah, diiringi duka yang lara. Kedua-duanya silih berganti. Hubungan yang didasari aturan keluarga mendapat tentangan dalam diam yang cuba memisahkan kebahagiaan yang baru dikecapi. Isu sekufu dijadikan permainan.
Mampukah akhirnya nanti mereka setaraf? Masih adakah luka yang mendalam menjadi halangan antara Arreya dan Zaheen?
âAndai kata nanti kalau abang jumpa perempuan lain yang...â â Arreya Marissa
âSiapa kata kita akan berpisah?â â Zaheen Iskandar
Rasa yang sama dengan orang yang sama. Dalam perjalanan mencari cinta, seperti sebuah kisah yang tak pernah selesai, terdapat duri menghiris ke dalam jiwa seakan-akan pedang yang menusuk hingga ke dasar hati keranaâĻ
âDendamâĻ perkara yang mampu menghancurkan diri apabila tiba masanya nanti.â
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Kisah cinta yang sarat dengan nilai kekeluargaan dan keikhlasan.
- Menampilkan hero matang, penyayang dan penuh hikmah kehidupan.
- Menyentuh isu sekufu yang sering menjadi konflik dalam masyarakat.
- Penuh dengan pengajaran tentang reda, takdir dan penerimaan.
- Watak utama yang mudah disayangi dan dekat dengan realiti kehidupan.
- Sesuai untuk pembaca yang gemarkan novel romantik Islamik dan kekeluargaan.
Genre Novel Milik Aku: Iskandar
Romantik, Drama Keluarga, Cinta Selepas Kahwin, Inspirasi, Kekeluargaan, Novel Melayu Kontemporari.
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Novel kahwin pilihan keluarga.
- Novel hero green flag dan penyayang.
- Novel cinta berteraskan nilai Islam.
- Novel konflik sekufu dan perbezaan darjat.
- Novel keluarga yang menyentuh emosi.
- Novel romantik matang dan penuh pengajaran.
Novel Berkaitan Asyraaf Hazen
- Jagaan Evan
- Milik Aku: Iskandar