• 8202
1

Fajar Pakeer

Menunggu Sempurna Oleh Annis Rizani

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Menunggu Sempurna Oleh Annis Rizani

Menunggu Sempurna karya Annis Rizani membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Nur Zara. Sukar menerima hakikat bahawa dirinya menjadi mangsa kerakusan lelaki, Nur Zara membawa diri ke Rumah Raudhah. Impian cinta alam persekolahan tidak kesampaian apabila Hanafi mengundur diri. Dia sedar, dirinya tak mungkin menjadi wanita sempurna. Rasa aneh,

Sinopsis Novel Menunggu Sempurna

Sukar menerima hakikat bahawa dirinya menjadi mangsa kerakusan lelaki, Nur Zara membawa diri ke Rumah Raudhah. Impian cinta alam persekolahan tidak kesampaian apabila Hanafi mengundur diri. Separuh nyawanya terasa melayang. Dia sedar, dirinya tak mungkin menjadi wanita sempurna.

Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagaikan angin lalu yang mendamaikan menyapa hati Zara tatkala membaca nota-nota yang ditinggalkan di keretanya. Namun, perasaan itu seboleh mungkin cuba diabaikan kerana diburu igauan ngeri masa silam.

Kemunculan Zharif memang tidak terduga. Baik Zara mahu pun Zharif, tidak pernah bersemuka. Namun, nota-nota kecil telah mendekatkan mereka.

Saya sukakan awak. Serius! - ZHARIF

Awak betul-betul dah sedia untuk terima cabaran dengan kisah silam saya? – ZARA

Zharif menerima Zara seadanya. Sungguhpun begitu, kebahagiaan itu hanya sementara. Di kala kasih baru berputik, Hanafi kembali menagih kasih Zara. Bencana yang menimpa Zara merupakan berita yang amat menggembirakan Hanafi.

Sayang, takdir ada caranya yang tersendiri. Siapalah kita untuk menidakkannya?- ZHARIF

Tidak mudah hati Zara untuk berubah dan beralih arah. Dia sedar kisah kelam yang direka Hanafi harus dipadam. Bangkitlah Zara, lupuskan segala ingatan pada yang menyakitkan. Kembalilah kepada semangat dan izinkan kebahagiaan itu menjadi hakiki.

Kesilapan masa lalu bukan bererti hidup sudah malap dan tercemar. Hakikatnya ada sesuatu di masa depan yang pasti akan mengubati kisah duka masa silamnya

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Menunggu Sempurna

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Annis Rizani

  • Seikat Cinta Tersimpul Rindu
  • Awek Buku & Cornflakes Madu