• 3522
1

Intens

Matahari Cerah Lagi

Regular price
RM 21.90
Sale price
RM 21.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Matahari Cerah Lagi Oleh Fauziah Ashari

Matahari Cerah Lagi karya Fauziah Ashari membawa pembaca mengikuti kisah hubungan yang terjalin sejak kecil dan berkembang seiring peredaran masa. Kisah ini berpusat pada Kongkongan. Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan

Sinopsis Novel Matahari Cerah Lagi

Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Adakah Suha terus nestapa?

Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukan Yem menggapai cintanya?

Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.

Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.

Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.

Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Matahari Cerah Lagi

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Fauziah Ashari

  • Kan Kukejar Cinta Kamu
  • Rindu Cintaku
  • Cinta... Tiada Akhirnya
  • Duri
  • Bisik-Bisik Gelora