• 9418
1

Idea Kreatif

Mahfuz Oleh Bellofa

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Mahfuz Oleh Bellofa

Mahfuz karya Bellofa membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Adam Mahfuz. Mengahwini lelaki bernama Adam Mahfuz yang pernah ada dan sehingga kini masih berada di hatinya. Rasa yang pernah muncul di hatinya dulu masih kekal tidak berubah. Boleh tak awak berhenti mengharapkan Maya lagi?” - Iman “Tak payah masuk campur urusan aku,

Sinopsis Novel Mahfuz

"Kahwin dengan anak aunty?"

Demi menyelamatkan rumah tangga orang lain, Iman sanggup menggadai masa depannya sendiri. Mengahwini lelaki bernama Adam Mahfuz yang pernah ada dan sehingga kini masih berada di hatinya. Rasa yang pernah muncul di hatinya dulu masih kekal tidak berubah.

“Awak pun nampak sendiri mereka dah pun bahagia. Boleh tak awak berhenti mengharapkan Maya lagi?” - Iman

“Tak payah masuk campur urusan aku, Iman. Aku tak suka.” - Adam

Ikatan yang terlalu menyakitkan. Sebab itu Iman tidak pernah mengharapkan kebahagiaan kerana dia yakin hal itu sangat mustahil. Kebencian Adam terhdapnya terlalu besar dan tidak pernah lelah melukai hatinya.

Dalam kemelut yang tak berkesudahan, Eshan Luthfi muncul membuatkan Adam tergemap. Dan hadirnya Rana Washna membuatkan rumahtangga mereka semakin berantakan.

"I think I'm falling for you." - Eshan

"Awak sayang suami saya tak, Rana?" - Iman

"Lebih dari sayang..." - Rana

Misi Iman sudah selesai. Adam berjaya beralih dari Maya. Eshan pula menghilang tanpa khabar. Rana mahukan Adam. Iman pula terikat dengan janji. Pertengkaran di antara mereka tak pernah sudah. Salah faham terjadi. Ujian dan dugaan datang bertubi-tubi sehinggakan Iman memilih untuk pergi.

"Kau dekat mana Iman? Kenapa kau seksa hati aku macam ni..." - Adam

Iman tertanya sendiri, andai kata takdir menemukan mereka semula, mahukah Adam memegang erat tangannya? Akankah lelaki itu berhenti bersikap egois dan menyakiti perasaannya? Atau sebaiknya mereka berpisah saja?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Mahfuz

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.