Jemari Seni
Lukis Di Langit Kita
- Regular price
- RM 21.00
- Sale price
- RM 21.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Lukis Di Langit Kita Oleh Hananee Amir
Lukis Di Langit Kita karya Hananee Amir membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Ikram. Aku nak kisah cinta aku pun akan jadi sebahagian daripada kisah cinta kafe ni. Ikram terperangkap dalam kenangan arwah mama dan papanya. Kafe tua yang diwarisinya itu tidak mendatangkan keuntungan. Kedegilannya untuk mempertahankan kafe itu sebenarnya membawa
Sinopsis Novel Lukis Di Langit Kita
Ini kafe cinta... bukan kafe duit.
Aku nak kisah cinta aku pun akan jadi sebahagian daripada kisah cinta kafe ni.
Ikram terperangkap dalam kenangan arwah mama dan papanya. Kafe tua yang diwarisinya itu tidak mendatangkan keuntungan. Kedegilannya untuk mempertahankan kafe itu sebenarnya membawa pelbagai cerita lain pula.
Mujur ada Saiful, si sahabat baik yang tidak lelah berdiri di belakang Ikram saat ramai yang memandang serong tindakan Ikram mempertahankan kafe penuh kenangan itu.
Kafe itu juga saksi hubungan Ikram dan jirannya, Umairah, kian rapat setelah sekian lama Umairah membencinya tanpa sebab yang kukuh. Itu pun setelah Ikram menjadi si ‘tukang pujuk’ apabila umi, ibu Umairah diserang strok.
Kehadiran seorang wanita misteri berkebaya putih yang sering ke kafe tua Ikram itu menyebabkan Ikram menjadi hairan. Tiada siapa yang sanggup datang ke kafe tidak laku itu sekerap wanita itu.
Kemunculan semula kedua-dua bekas kekasih Ikram, Ratna dan Husna membuatkan ada yang cemburu. Siapakah dia? Dapatkah juga Ikram terus mempertahankan kafe cintanya itu?
Manusia itu kosong tanpa cinta. Manusia yang hidup dengan cinta dan manusia yang hidup tanpa cinta ada bezanya.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Lukis Di Langit Kita
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Hananee Amir
- Jangan Lupa Namaku
- Inara Mulya Jilid 2
- Mana Pelamin Qausar
- Inara Mulya