• 9141
1

Honeymontale Publication

Inara Mulya Jilid 2 Oleh Hananee Amir

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Inara Mulya Jilid 2 Oleh Hananee Amir

Najiha-Dr. Adam

Selepas pulih dari kanser, Najiha menjalani kehidupan normalnya semula bersama teman baiknya Mulya dan Yasmin. Dia bertemu Dr. Adam, doktor tampan kesayangan ramai tapi mempunyai sikap lepas laku yang menjengkelkan. Mampukah dia berubah demi Najiha? Dalam masa yang sama, Najiha tidak mengetahui yang Adam itu adalah sepupu Kashfi dan Adam sendiri tidak tahu yang Najiha adalah bekas pesakit kanser yang juga teman baik Dr. Mulya. Adam mulai dingin setelah mengetahui status kesihatan Najiha. Yasmin yang selalu bersifat pahlawan, datang menyerang Adam kerana menyangka dia meninggalkan Najiha kerana tidak mahu menerima statusnya sebagai bekas pesakit kanser. Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa Adam meninggalkan Najiha sedangkan dia sangat sayangkan Najiha?


Wahyu-Yasmin

Hubungan mereka mulai goyang selepas kehadiran teman lama Kashfi, Elman. Dan dalam masa yang sama, budak jambu ‘Azrai-Trivia’ turut menambah masalah. Wahyu yang terkenal dengan sikapnya yang tenang dan tidak suka memaksa akhirnya bersetuju dengan permintaan Yasmin untuk memutuskan hubungan mereka. Siapa Elman? Kenapa Azrai Trivia terbabit sedangkan Yasmin cuma menganggapnya sebagai adik? Kenapa Wahyu begitu mudah bersetuju dengan permintaan Yasmin? Apa yang sedang Wahyu rancangkan?


Mulya-Dr. Kashfi

Mulya mulai rimas dengan Dr. Kashfi yang asyik meminta mereka mempercepatkan perkahwinan mereka sedangkan awalnya mereka bercadang untuk bertunang selama dua tahun. Naik turun hubungan Najiha dan Adam turut menjejaskan hubungan mereka kerana mereka berpihak pada orang yang berbeza. Mampukah mereka melalui semuanya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta dan penerimaan terhadap individu yang pernah menghidap kanser
  • Konflik hubungan akibat rahsia, salah faham dan prasangka
  • Persahabatan serta sokongan emosi dalam menghadapi cabaran cinta
  • Komitmen, pertunangan dan persediaan menuju alam perkahwinan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari kisah cinta romantik dengan konflik emosi
  • Peminat novel Melayu bertemakan hubungan dan persahabatan
  • Pembaca yang tertarik dengan kisah pemulihan selepas penyakit serius
  • Pembaca yang menyukai plot salah faham, rahsia dan kejutan hubungan

Maklumat Buku

  • Penulis: Hananee Amir
  • Penerbit: Honeymontale Publication
  • ISBN: 9789671634035
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan