• 3598
1

Jemari Seni

Kutunggu Pinanganmu Oleh Fisha

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kutunggu Pinanganmu Oleh Fisha

Kutunggu Pinanganmu karya Fisha membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Qistina. Kecewa dengan hubungan cinta tak kesampaian, Qistina mencari semula ketenangan diri yang hilang. Perkenalan dengan Amir melalui Skype telah membuahkan bibit-bibit bahagia. Namun Amir hilang secara tiba-tiba membuatkan dia kecewa sekali lagi. Ketika itu dia

Sinopsis Novel Kutunggu Pinanganmu

Kecewa dengan hubungan cinta tak kesampaian, Qistina mencari semula ketenangan diri yang hilang. Perkenalan dengan Amir melalui Skype telah membuahkan bibit-bibit bahagia. Namun Amir hilang secara tiba-tiba membuatkan dia kecewa sekali lagi. Ketika itu dia fikir bahawa kebahagiaan itu bukan miliknya.

Bimbang tentang jodoh Qistina, datuknya cuba mencarikan jodoh untuknya. Dia disuruh memilih antara dua, Hud atau Fawwaz. Hud seorang doktor yang kacak bergaya, manakala Fawwaz hanya membantu mengerjakan sawah datuknya. Siapa yang menjadi pilihan Qistina? Adakah dia akur pada undi majoriti keluarganya?

Tika hati berdetik, kaulah pilihan
Tuhan buatku... kerana itulah sayang

Selepas Takkan Pernah Berubah, kali ini FISHA kembali dengan Kutunggu Pinanganmu. Pengisahannya yang santai membawa kita bersama-sama Qistina menanti hari bahagia.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Kutunggu Pinanganmu

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Fisha

  • Takkan Pernah Berubah