Al-Hidayah
Kisah-Kisah Lemah Yang Sewajarnya Dilihat Semula
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kisah-Kisah Lemah Yang Sewajarnya Dilihat Semula
Kisah-Kisah Lemah Yang Sewajarnya Dilihat Semula ialah buku karya Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami asas akidah dan tauhid yang menjadi teras keimanan seorang Muslim.
Sinopsis Buku Kisah-Kisah Lemah Yang Sewajarnya Dilihat Semula
ZAMAN ini kita dapat lihat di masjid-masjid dan di surau-surau dipenuhi dengan kelas pengajian agama. Alhamdulillah, satu perubahan terhadap sikap masyarakat kita terhadap kesedaran menuntut ilmu itu. Ceramah agama juga merupakan sebahagian daripada peringatan kepada umat Islam. Firman Allah SWT: "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."
Ramai penceramah yang hebat-hebat telah mewarnai masjid-masjid dengan ceramah yang berbagai bentuk. Salah satu daripada cara menyampaikan ceramah yang berkesan dan mendalam terhadap masyarakat ialah dengan cara mengemukakan kisah baik daripada al¬Quran, as-Sunnah, kisah para nabi, kisah para ulama dan kisah daripada apa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat seharian. Kerana itu amat jarang penceramah agama yang tidak mengemukakan kisah-kisah berikut. Bahkan al-Quran sendiri juga menggunakan uslub pengkisahan dalam menarik manusia untuk menerima akidah yang benar dalam kehidupan mereka.
Namun satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, dalam keseronokan menyampaikan ceramah dan menyelitkannya dengan berbagai-bagai kisah, tidak semua kisah yang dikemukakan itu merupakan kisah yang benar, kerana itu setiap penceramah agama dan pakar motivasi perlu memastikan kisah yang hendak diketengahkan kepada masyarakat benar-benar merupakan kisah yang benar.
Untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan kisah-kisah palsu dan rekaan, setiap penceramah perlu melengkapkan diri dengan pemahaman yang mendalam dan teliti terhadap al-Quran dan juga as-Sunnah dan kisah-kisah yang terdapat di dalamnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan kisah-kisah lemah yang biasa diceritakan oleh para penceramah dan bagaimana untuk para penceramah mengatasi perkara tersebut, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan lebih berhati-hati dalam menyampaikan kisah para nabi dan sahabat.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Memahami asas akidah Islam dengan lebih jelas.
- Menjelaskan perkara berkaitan tauhid dan rukun iman.
- Membantu memperkukuhkan keyakinan terhadap ajaran Islam.
- Sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran agama.
Maklumat Buku
- Penulis: Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674392246
- Berat: 0.3 kg
- Saiz: 8 x 10
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar sekolah agama dan pondok.
- Penuntut ilmu agama.
- Guru dan pendakwah.
- Muslim yang ingin memperkukuhkan akidah.