Fajar Pakeer
Kerana Dia Lebih Sempurna Oleh Faizah Mohd Noh
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kerana Dia Lebih Sempurna Oleh Faizah Mohd Noh
Kerana Dia Lebih Sempurna karya Faizah Mohd Noh membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Laila. Melayari keping-keping rindu menjadi satu potret suram. Ini fasa-fasa duka dalam hidupnya… Fida, gadis yang dicurangi setelah segalanya dikorbankan. Jay, memperlakukannya seperti hamba. Sedikit pun tiada terdetik rasa kasihan di jiwa lelaki itu untuknya.
Sinopsis Novel Kerana Dia Lebih Sempurna
Melangkaui dua latar zaman. Melayari keping-keping rindu menjadi satu potret suram. Ini fasa-fasa duka dalam hidupnya…
Fida, gadis yang dicurangi setelah segalanya dikorbankan. Jay, memperlakukannya seperti hamba. Sedikit pun tiada terdetik rasa kasihan di jiwa lelaki itu untuknya.
Derita yang ditanggung, membuatkan Fida dilanda kemurungan.
“Ini yang kau balas kat aku, Jay? Tak apa. Tuhan ada. DIA takkan sesekali menganiayai hamba-Nya. Masa kau akan tiba, Jay." – FIDA
Biarpun berkali-kali dia jatuh, Fida tetap bangun seribu kali.
Penghujungnya, dia menghabiskan masa di sebuah pondok. Mencari jalan pulang.
Di situ, dia bertemu dengan Delaila. Seorang gadis yang senasib dengannya.
Faheem meningalkan Delaila bersama seribu janji yang belum tertunai. Namun, gadis itu kembali bangkit demi membuktikan kepada lelaki itu, bahawa dia gadis yang bukan sekadar bermain dengan kata-kata.
"Maaf, Faheem. Luka yang awak tinggalkan dulu, masih berdarah.
Dan peluang yang awak minta tu, tak mustahil awak akan sia-siakan sekali lagi. Kan?"- DELAILA
Delaila bukan hadir pada saat Faheem di kemuncak. Delaila hadir pada saat dia jatuh terduduk. Dia tidak ada apa-apa ketika itu. Malah gadis itu sanggup menunggu sehingga dia mampu. Tetapi, dia pula yang meminta perpisahan dan dengan mudah pula bibirnya menutur kata meminta gadis itu mencari yang lain.
“Sakit, Laila. Tapi aku akan menjadi lelaki yang kejam kerana menghalang kau untuk bahagia sedangkan aku tahu, aku tidak berdaya untuk membahagiakan kau.”- FAHEEM
Parut luka, kekal seiring masa. Mampukah kemaafan meleburkan segunung keegoan?
Siapa yang pergi, siapa yang menanti?
Siapa yang jatuh, siapa yang bangun berlari?
Dan, siapa yang lebih sempurna?
Balas dendam yang terbaik, ialah memberi ruang untuk jiwa mendakap bahagia. Yang selebihnya, biar kifarah yang melunasinya.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Kerana Dia Lebih Sempurna
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Faizah Mohd Noh
- Ketika Cinta Jatuh Kepadaku