Fajar Pakeer
His Heart's Desire Oleh Hasyagrizelle
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
His Heart's Desire Oleh Hasyagrizelle
His Heart's Desire karya Hasyagrizelle membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Bertahun. Ada kalanya kasih sayang Tuhan bukan apa yang diberi kepadamu. Tetapi, apa yang disingkirkan daripadamu. Bertahun-tahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hati. Dia sudah berlari dan menari bersama luka, menutup epilog
Sinopsis Novel His Heart's Desire
Ada kalanya kasih sayang Tuhan bukan apa yang diberi kepadamu. Tetapi, apa yang disingkirkan daripadamu.
Bertahun-tahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hati. Dia sudah berlari dan menari bersama luka, menutup epilog yang bersemadi di relung atma. Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah.
"After all, why did you marry someone else when you should be with someone else?" – Fahira Hazrin
"Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak.” - Fayyad Firdaus
Tatkala, dia berjalan menikmati hujan dan pelangi, muncul Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hati dan menghancurkannya sekali gus, kini berdiri di hadapann sebagai seorang lelaki dari masa lalunya.
Kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya. Malah, permulaan kepada alasan yang lebih besar apabila Airil yang penuh muslihat, mendekati Fahira.
“Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad
Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti.
Malangnya, setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan.
Di manakah letaknya kebenaran cinta, jika yang kau inginkan hanya kepalsuan jiwa?
Di dalam keadaan Fayyad yang masih setia dengan masa lalunya dan Fahira yang masih tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima rasa yang tersisa?
Lihatlah siapa yang ingin kau percayai, sedangkan batinmu sendiri memilih ragu.
"Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati."
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel His Heart's Desire
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.