• 8168
1

Fajar Pakeer

Hari Kita Jatuh Cinta Oleh Shera Zulghafar

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Hari Kita Jatuh Cinta Oleh Shera Zulghafar

Hari Kita Jatuh Cinta karya Shera Zulghafar membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Mariam Sophia. Saya nak bagi pep talk ni.” -YUSOF FARHAN Pertemuan tidak dirancang menemukan Mariam Sophia dan Yusof Farhan di kota Istanbul yang penuh dengan 1001 kisah. Apabila mereka kembali bertemu di Lubnan, baru dia tahu Farhan seorang askar berpangkat kolonel! Sikap

Sinopsis Novel Hari Kita Jatuh Cinta

“Sudah-sudahlah betulkan tudung awak, Cik Mariam Sophia. Saya nak bagi pep talk ni.”
-YUSOF FARHAN

Pertemuan tidak dirancang menemukan Mariam Sophia dan Yusof Farhan di kota Istanbul yang penuh dengan 1001 kisah.

Apabila mereka kembali bertemu di Lubnan, baru dia tahu Farhan seorang askar berpangkat kolonel! Sikap Farhan yang tegas dan suka memandangnya tanpa sebab membuatkan dia bertambah janggal. Dalam diam, sebenarnya Farhan sedang cuba mencuri perhatiannya!

Itu rupanya cara si kolonel mengurat si peguam muda. Aduh, kenapalah lambat sangat signal otak ni berfungsi!

“Macam inilah ya, tuan. Saya tak berminat dan saya tak bersedia nak ada hubungan dengan sesiapa. Jadi, tuan tak payahlah nak mencuba.” -MARIAM SOPHIA

Farhan memilih untuk menculik hati si Dara. Mariam mula bergetar melihat wajah si kolonel. Akhirnya mereka memilih untuk jatuh cinta.

Datangnya Firhad mengeruhkan lagi keadaan. Begitu juga Julia, bekas kekasih Farhan. Masing-masing sudah come back untuk meruntuhkan tembok cinta Maryam dan Farhan. Memang keluarga 69 betul!

Angan-angan Mariam untuk bahagia musnah apabila nahas helikopter melibatkan Farhan telah memisahkan mereka. Saat semua sudah reda dengan pemergian Farhan, lelaki itu kembali ke pangkuannya tanpa sebarang ingatan.

Hatinya masih sayang pada Farhan, namun lelaki itu bukan lagi seperti dahulu. Mampukah Mariam mempertahankan cintanya bersama Farhan? Atau, patutkah dia relakan Farhan bahagia bersama Julia?

Walaupun duka, menerjah perasaan… menghapus kenangan. Izinkan aku kembali ke hari di mana kita jatuh cinta kerana saat itu aku hanya kenal makna bahagia.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Hari Kita Jatuh Cinta

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Shera Zulghafar

  • Prima Facie
  • Setelah Kita Bertemu
  • Satu Hari Nanti