Fajar Pakeer
Entah Bila Bersemi
- Regular price
- RM 20.00
- Sale price
- RM 20.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Entah Bila Bersemi Oleh Auni Amauni
Entah Bila Bersemi karya Auni Amauni membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Hati Nazifa. Faris dan Nazifa, dua insan yang berbeza pada sikap walaupun kedua-duanya berasal daripada keluarga yang berada. Takdir telah menentukan mereka belajar di universiti yang sama dan Faris telah jatuh cinta saat pertama kali terpandang Nazifa. Namun, Nazifa
Sinopsis Novel Entah Bila Bersemi
Faris dan Nazifa, dua insan yang berbeza pada sikap walaupun kedua-duanya berasal daripada keluarga yang berada. Takdir telah menentukan mereka belajar di universiti yang sama dan Faris telah jatuh cinta saat pertama kali terpandang Nazifa. Namun, Nazifa telah mempunyai kekasih hati iaitu Saiful.
Obsesi Faris terhadap Nazifa begitu menggunung sehingga dia sanggup membutakan hatinya. Rancangan jahat diatur dengan begitu sempurna tanpa memikirkan perasaan Nazifa.
“Love? What do you know about love? Kalau kau tahu apa itu cinta, kau tak akan paksa aku. Kau takkan buat apa yang aku tak suka.”
Faris terpaksa akur. Akur bahawa dia bukan lelaki istimewa di hati Nazifa. Pemergian Nazifa ke kota London tanpa khabar berita, buat dirinya semakin nanar. Faris nekad. Dia akan menjejaki Nazifa di sana. Hati Nazifa akan tetap ditawan walau bagaimanapun caranya.
Berjayakah Faris menawan hati Nazifah dan menjadikan Nazifah miliknya? Mampukah Nazifah terus mengelak diri daripada gangguan Faris? Adakah rasa hati Nazifa langsung tiada buat Faris? Mengapakah Nazifa ke kota London? Berjayakah Faris menemui Nazifa di kota London? Akan bersemikah cinta yang entah bila bersemi antara mereka?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Entah Bila Bersemi
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Auni Amauni
- Mampu Mencintaimu