• 8187
1

Fajar Pakeer

Detak Oleh Ombak Pantai

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Detak Oleh Ombak Pantai

Detak karya Ombak Pantai membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Aqhar Iskandar. Hanya senyuman mampu diberikan atas penghinaan yang merendahkan dirinya. Kalau bukan sebab masing-masing tak nak bantah permintaan mak dan mama. Menjadi pengantin untuk manusia bernama Aqhar Iskandar bukanlah impiannya. Nazeera Kasturi dan Aqhar Iskandar.

Sinopsis Novel Detak

“Kau tak layak jadi isteri aku, tubuh kau dah disentuh” – AQHAR ISKANDAR

Ikutkan hati mahu saja dia menampar lelaki itu, tetapi akalnya melarang. Hanya senyuman mampu diberikan atas penghinaan yang merendahkan dirinya.

Kalau bukan sebab masing-masing tak nak bantah permintaan mak dan mama. Penyatuan ini tidak akan terjadi. Menjadi pengantin untuk manusia bernama Aqhar Iskandar bukanlah impiannya.

Nazeera Kasturi dan Aqhar Iskandar. Dua manusia bagai langit dan bumi. Menyandang sebagai Puan Muda di Ladang Paduka bukan sesuatu yang mudah. Nazeera perlu berhadapan dengan ketaksuban Aqhar dalam membanteras jenayah di kawasan sempadan hutan.

Pandangan mata, dia nampak saja rapuh, tetapi disebalik kerapuhan itu tersimpan satu rahsia. Ternyata dia bukan gadis sembarangan.

Saat sindrom jatuh cinta melanda tembok hati Aqhar dan Nazeera, saat itu juga… bahaya yang menanti bukan calang-calang. Andai tersilap, kematian menjadi galang ganti.

Tegakah Aqhar membabitkan Nazeera demi kepentingan dirinya?

Nazeera, masih mampukah menerima Aqhar dalam hidupnya apabila mengetahui hidup lelaki itu yang sentiasa dikejar bayangan maut.

“Ira tak nak pertaruhkan nyawa Ira kat sini. Abang mungkin dah terbiasa dengan semua ini. Tapi tidak Ira. Please… Jangan kongkong Ira lagi. Ira tak ada kaitan dengan kerja abang.” – NAZEERA KASTURI

Merelakan yang sudah bersarang di hati, bukannya mudah. Tapi, bila nyawa menjadi taruhan, kata terakhir adalah melepaskan.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Detak

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Ombak Pantai

  • Diamonds