• 9506
1

Fajar Pakeer

Dari Kanvas Putih Oleh Usako Princessz

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Dari Kanvas Putih Oleh Usako Princessz

Dari Kanvas Putih karya Usako Princessz membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Tingkah Hanun. Tiga kata pemeri bagi pemilik tubuh genit bermata bundar itu. Tanpa sekelumit lelah dan mengah, dia terus mengejar sang teruna idaman dengan sejuta lagam dan ragam. Nun nak masuk melamar abang,” – SITI HANUN HIDAYAH Bola mata jejaka itu membuntang luas. 

Sinopsis Novel Dari Kanvas Putih

Obsesi! Jumud! Dakar!

Tiga kata pemeri bagi pemilik tubuh genit bermata bundar itu. Tanpa sekelumit lelah dan mengah, dia terus mengejar sang teruna idaman dengan sejuta lagam dan ragam.

“Nun nak buat kejutan. Nun nak masuk melamar abang,” – SITI HANUN HIDAYAH

Bola mata jejaka itu membuntang luas. Tingkah Hanun luar biasa. Memecah adat yang menjadi warisan. Dia yang sudah punya pilihan mula rimas dan lemas. Amaran demi amaran terus diberi. Namun, Hanun tekal memburu.

"Berapa kali abang nak beritahu? Susah bercakap dengan orang berkepala batu ni. Tak faham-faham! Abang penatlah Nun, serius penat dengan perangai terhegeh-hegeh macam ni!” – TAUFIQ AL NAFIZ

Umpama pisau wali tajam yang menyobek kayu, kata-kata yang terpacul itu menusuk hingga ke relung hati. Hanun terluka teruk. Pedih! Darah yang membuak tak terzahir dengan pandangan majazi. Dia nekad untuk pergi.

Muncul jejaka manis yang sudi membalut rawan. Namun, kala hati si gadis mula terawat, Nafiz pula yang gila bayang.

Kelibat Hanun yang tiba-tiba menghilang serta panggilan yang sepi tanpa khabar membuatkan jemarinya mula kaku.

Obsesi kini berubah menjadi inspirasi. Rindu yang bertandang menyelubungi nubari.

Namun, hikmahnya aturan yang menjadi belenggu hidup sekian lama berjaya dinyah jauh ke lautan. Dia bulat hati untuk mengejar semula cinta Hanun.

Tetapi….

Berbaloikah dia yang mengorbankan cita demi cinta? Bila kejujuran cuba dinafikan, mampukah hati untuk terus berpura-pura?

Sekeping kanvas putih yang telah ternoda dengan rona, takkan mampu dimurnikan semula. Sama seperti papan yang telah tembus dengan silatan ukiran takkan boleh menjadi licin dan rata bak asal kejadiannya.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Dari Kanvas Putih

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Usako Princessz

  • Kasam Renjana Sang Pendekar
  • Taranum Lelaki Rambut Perang