• 8134
1

Fajar Pakeer

Damping Siluman

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Damping Siluman Oleh Asraf Shaari

Damping Siluman karya Asraf Shaari membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Penghuni. Sepi sentiasa berdampingan dengan nadinya. Sejak kehadirannya, pelbagai kejadian aneh berlaku, sehingga kematian demi kematian menjadi santapan mata. Penghuni asrama sentiasa berjaga-jaga. Jika tidak, mereka ditimpa musibah. Dia dituduh membela saka sehingga

Sinopsis Novel Damping Siluman

Sunyi sentiasa menemani jasadnya. Sepi sentiasa berdampingan dengan nadinya.

Sejak kehadirannya, pelbagai kejadian aneh berlaku, sehingga kematian demi kematian menjadi santapan mata. Penghuni asrama sentiasa berjaga-jaga. Jika tidak, mereka ditimpa musibah. Gangguan tidak pernah berhenti. Dia dituduh membela saka sehingga memberi kesan kepada kawan-kawan yang rapat dengannya.

“Aku rasa la kan, benda tu mesti pernah renung kau atau tengok kau masa kau tak sedar. Sebab tu dia boleh menyerupai kau dan bukan orang lain.” – MIRUL

“Bilik kat tingkat lain tak ada pula aku dengar kena sampai macam ni. Ke kat sini je yang ada benda tu mengusik?” – WAN

“Apa yang kau mengarut ni? Kalau kau hantu, aku dah lari dan tak bercakap dengan kau pun.” – FAHMI

Pelbagai andaian, pelbagai tanda tanya, namun tetap jua persoalan menemui jalan mati.

Dia tetap menjelma… dia semakin menghampiri. Jiwa manusia diperdagangkan. Bisikan Azazil bermain sentiasa.

Kenapa dia disalahkan atas kematian yang menimpa rakan-rakannya? Benarkah saka itu telah menular dan mencetuskan peristiwa yang tidak dijangka?

Ketika kejadian menyingkap sesuatu yang terlarang, akankah kutukan itu penghabisan sebuah dosa?

“Sebenarnya, seronok bunuh orang ni. Hahaha...”

Siapakah dia yang sebenarnya?

Bermulanya di sini… kejahatan mencetuskan dendam, di sebalik misteri kelam dalam cahaya malam.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Suasana seram yang konsisten.
  • Jalan cerita penuh misteri.
  • Pengalaman membaca yang mendebarkan.

Genre Novel Damping Siluman

  • Novel Melayu
  • Seram
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel seram.
  • Peminat kisah paranormal.
  • Penggemar misteri.

Novel Berkaitan Asraf Shaari

  • Tanam
  • Bisikan Syaitan
  • Persis Drakula