Fajar Pakeer
Dalam Jagaannya Oleh Myserra
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Dalam Jagaannya Oleh Myserra
Dalam Jagaannya karya Myserra membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Fareeq Isyraf. CAPTION : Apa pun pilihan aku, tetap kau penyebabnya... Dia adalah bayang yang bergerak di antara gelap dan cahaya, satu kewujudan yang tak pernah benar-benar hidup, tetapi juga tidak pernah mati. Setiap hari baginya adalah perjanjian diam dengan bahaya,
Sinopsis Novel Dalam Jagaannya
CAPTION : Apa pun pilihan aku, tetap kau penyebabnya...
Dia adalah bayang yang bergerak di antara gelap dan cahaya, satu kewujudan yang tak
pernah benar-benar hidup, tetapi juga tidak pernah mati.
Setiap hari baginya adalah perjanjian diam dengan bahaya, seakan takdir sudah menulis
namanya di antara garis-garis yang berdarah.
Dialah lelaki yang menyimpan lebih banyak rahsia daripada jawapan.
Fareeq Isyraf adalah lelaki pelindung tanpa kompromi. Tapi selepas kematian mengejut
Datuk Jefri, hidupnya berubah, tanggungjawab yang dulu dilaksanakan sebagai tugas kini
berubah menjadi janji menjaga warisan paling berharga Jelita Adra.
“I tak teragak-agak nak bunuh you kalau you tak pergi dari sini, Fareeq”
.- Jelita Adra
“Then, let`s die together because I will not go. Not even once.”
- Fareeq Isyraf
Ketegangan terus membara. Jelita menolak, mempertahankan kebebasannya. Fareeq
mengawasi setiap langkah, memastikan tak ada ruang untuk pemberontakan. Di antara
kebencian dan penolakan, muncul sesuatu yang tak disangka: getaran rasa yang perlahan
namun nyata.
Dalam diam, ada mata lain yang memerhati dari kejauhan, menunggu saat kelemahan
mereka terbuka. Rahsia lama mula terungkai satu demi satu, dan setiap pecahannya
menarik semakin dekat kepada bahaya yang tidak pernah dibayangkan.
Dan Jelita… mungkin satu-satunya kelemahannya, sekali gus kekuatan terakhir yang mampu
membuatnya bertahan.
“Aku akan sentiasa pastikan kau selamat dengan tangan aku sendiri. Kau akan selamat
dalam jagaan aku.”
– Fareeq Isyraf
Siapakah yang akan terselamat, tetap berdiri, dan menempuh segala dugaan hingga ke
akhirnya?
Atau semuanya hanyalah ilusi yang lahir daripada api masa silam yang terus menghantui
jiwa mereka?
Why shouldn’t we deny our own feelings, even if they are painful?
“Kita cuma manusia biasa yang tahu marah, terluka, dan kecewa. Jangan nafikan perasaan
itu, ia hanya akan menyakitimu lebih lagi.”
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Dalam Jagaannya
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
- Thriller
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.