• 3606
1

Alaf 21

Cinta Top Secret Oleh Laila Kamilia

Regular price
RM 21.00
Sale price
RM 21.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Cinta Top Secret Oleh Laila Kamilia

Cinta Top Secret karya Laila Kamilia membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Maryam Eisya. Pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) merentasi London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi

Sinopsis Novel Cinta Top Secret

Pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) merentasi London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim. Misi mereka mahu menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak.

Tugas mereka melindungi keselamatan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya, anak Mr. X. Namun antara misi dan perasaan, hati mereka tewas dek keayuan dan kelembutan gadis itu. Perasaan mereka tergugah walaupun mereka cuba bersikap profesional.

Jade dan Zed bersaing mahu menawan hati Eisya. Masing-masing tidak mahu beralah. Semakin jauh kembara dua perisik ini, misi semakin buntu, persahabatan makin rapuh, bagaikan tiada kesudahan. Masing-masing mahu menunjukkan kehebatan mencari cinta sejati dan pada masa yang sama mahu menyelesaikan misi mereka.

Eisya dalam dilema untuk menerima ‘tawaran cinta’ kedua-dua jejaka itu. Padanya, mereka sama-sama hebat! Tapi hanya seorang yang harus dipilih. Siapa dan kategori apa? Bersediakah anda menyertai mereka menyelesaikan MISI CINTA TOP SECRET? Anda hanya ada lima saat untuk menerima misi ini!

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Cinta Top Secret

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Laila Kamilia

  • Lakaran Kasih
  • Cinta Pandang Ke-2
  • Cinta Bunga Tulip
  • Saat Kau Hadir