• 9679
1

Fajar Pakeer

Ceritera Novela: Pearl Oleh Asyraaf Hazen & Ameeya.z & Hanaeh

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Ceritera Novela: Pearl Oleh Asyraaf Hazen, Ameeya.Z & Hanaaeh

Ceritera Novela: Pearl merupakan sebuah antologi novela romantik yang menghimpunkan tiga karya istimewa daripada Asyraaf Hazen, Ameeya.Z dan Hanaaeh. Setiap kisah membawa warna emosi yang berbeza, namun disatukan oleh tema cinta, kehilangan, harapan dan ketabahan.

Melalui Noah, Profil DNA Cinta dan Tuan Rizqy, pembaca akan dibawa menyelami perjalanan watak-watak yang berdepan luka masa lalu, ujian kehidupan dan perasaan yang tidak pernah benar-benar hilang.

Novel ini sesuai untuk pembaca yang menggemari kisah romantik yang sarat emosi, watak-watak yang matang serta perjalanan cinta yang berkembang melalui pengorbanan dan keikhlasan.

Sinopsis Novel Ceritera Novela: Pearl

Pearl, keanggunan yang abadi, namun menyimpan rintihan jiwa yang terbenam bersama waktu.

Semesta ini adalah kanvas agung, diwarnai pelbagai rona yang berdansa. Setiap warna adalah bahasa jiwa, menceritakan rasa tanpa suara.

Tetapi, ini bukan sekadar warna.

ASYRAAF HAZEN – Noah

“Saya tunggu awak"

Mawar Aisya tidak pernah menyangka, lelaki yang dahulunya ibarat bayang kelam dalam hidupnya, kini menjadi imam di sisi. Padanya, lelaki itu tidak lebih daripada topeng yang pandai bersandiwara.

“Saya pernah tak suka awak.” – Mawar Aisya

“Sebab saya tak ambil tahu hal yang tak beri manfaat pada saya.” – Noah Lee

Tatkala bahagia mula menjengah, ujian pula mengetuk tanpa amaran.

Masihkah ada kekuatan, untuk terus berdiri di tengah gelombang yang tak pernah reda?

“Saya tunggu awak di sana.”

AMEEYA. Z – Profil DNA Cinta

“Kalau cinta itu pilihan… kenapa I selalu pilih yang buat I terluka?”

Tun Faqira Waiza pernah percaya dunia ini adil, sehingga satu malam meragut segalanya. Dia bangkit, bukan lagi sebagai ahli forensik, tapi wartawan jenayah. Kemunculan semula Uzair Kai mengungkit luka lama.

“Aku dah jatuh cinta sejak dulu. Dan aku belum jumpa alasan untuk berhenti.” — Uzair Kai

Apakah mereka terus berpura-pura, sedang dunia memaksa memilih cinta, atau kehilangan segalanya?

“Ada dua jenis luka. Satu di tubuh. Satu lagi, yang tak nampak di jiwa.”

HANAAEH – Tuan Rizqy

“Nyawa awak ibarat tanggungjawab saya juga. Tak apa, anggap aje ini rezeki awak di waktu hujan ni.”

Pertemuan Rizqy dan Reana mengubah gadis itu daripada lemah menjadi tabah.

“Awak ni yang bahaya sebenarnya. Suka sangat cakap perkara yang saya tak dapat agak.” — Reana Ayesha

“Keselamatan awak keutamaan saya,” — Rizqy Ayyesh

Benarlah orang kata, action speaks louder than word.

Adakah segalanya bakal tertulis di dalam diari kisah cinta mereka?

“Selamanya, awak adalah hak saya yang paling saya sayang dan paling saya cintai.”

Noah, kisah cinta di dalam badai. DNA Cinta membuka luka lama bersama harapan baru dan Tuan Rizqy menyulam ketabahan sepasang jiwa yang bertahan.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengandungi tiga novela romantik dalam satu naskhah.
  • Kisah cinta yang sarat emosi, kehilangan dan harapan.
  • Menampilkan watak-watak yang matang dan dekat dengan realiti kehidupan.
  • Gabungan elemen romantik, kekeluargaan dan penyembuhan jiwa.
  • Sesuai untuk pembaca yang gemarkan kisah cinta yang menyentuh hati.

Genre Novel Pearl

Romantik, Drama Keluarga, Healing Romance, Contemporary Romance, Emotional Romance, Antologi Novela, Fiksyen Malaysia.

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Novel romantik yang penuh emosi dan pengajaran.
  • Kisah second chance romance dan cinta yang diuji waktu.
  • Watak hero setia dan heroin yang kuat menghadapi cabaran.
  • Koleksi cerita pendek yang mudah diikuti tetapi memberi kesan mendalam.
  • Pembaca karya Asyraaf Hazen, Ameeya.Z dan Hanaaeh.

Novel Berkaitan

  • Ceritera Novela: Pearl
  • Jagaan Evan
  • Jagaan Jibrail
  • Milik Aku: Iskandar