Alaf 21
Cantik Seindah Bulan Oleh Nurmi Syakimi
- Regular price
- RM 21.00
- Sale price
- RM 21.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Cantik Seindah Bulan Oleh Nurmi Syakimi
Cantik Seindah Bulan karya Nurmi Syakimi mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Shahid Kapoor. Khalisya merintih kala dipaksa kahwin dengan Shahriman, anak ketua kampung. Dia tidak mampu mencintai lelaki itu kerana cintanya hanya untuk Ryan Kumar, jejaka India yang tampan mirip Shahid Kapoor. Rumah tangga yang tidak memberi apa-apa erti itu berakhir
Sinopsis Novel Cantik Seindah Bulan
Khalisya merintih kala dipaksa kahwin dengan Shahriman, anak ketua kampung. Dia tidak mampu mencintai lelaki itu kerana cintanya hanya untuk Ryan Kumar, jejaka India yang tampan mirip Shahid Kapoor. Demi ayah, ibu dan adik... dia terpaksa akur.
Rumah tangga yang tidak memberi apa-apa erti itu berakhir jua. Dia kembali mencari cinta hati yang
ditinggalkan. Dia tidak menduga Ryan masih seperti dulu, teguh menanti bersama kasih seluas bumi. Namun, Ryan pula terpaksa pergi. Dia harus ke tanah Delhi menuruti keluarga tercinta.
Khalisya merelakan setelah Ryan melafazkan janji, membuatkan dia begitu ampuh menjadi perindu yang setia. Malangnya, dia dibiarkan menanti tanpa khabar berita sehinggalah Nazriel muncul mengikatnya
dengan tali pertunangan.
Namun, Rayyan Khuzairi hadir membawa watak Ryan dalam diri lelaki itu. Khalisya dibadai tsunami rindu yang bergulung-gulung. Dia masih cintakan Ryan. Dia hanya mahu bersama Ryan. TUHAN, tolonglah...
“Selagi laut memerintah ombak supaya jangan berhenti mendakap pantai... selagi itulah aku akan selalu mencintai dan merinduimu!”
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Cantik Seindah Bulan
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Nurmi Syakimi
- Anugerah Cinta