• 9297
1

Fajar Pakeer

Buddy-Moon Oleh Lily Rose

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Buddy-Moon Oleh Lily Rose

Buddy-Moon karya Lily Rose membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Sangkanya. Istanbul - kota romantis penuh pesona buat pasangan berbulan madu. Datang sendirian mengubat hati yang remuk dikhianati dan serik dengan insan bernama lelaki. Sangkanya, dia mampu untuk mengembara sendirian tanpa bergantung harap dengan mana-mana lelaki.

Sinopsis Novel Buddy-Moon

Istanbul - kota romantis penuh pesona buat pasangan berbulan madu.

Namun tidak bagi Yuhanis. Datang sendirian mengubat hati yang remuk dikhianati dan serik dengan insan bernama lelaki. Sangkanya, dia mampu untuk mengembara sendirian

tanpa bergantung harap dengan mana-mana lelaki.

Ternyata dia silap! Nyawanya hampir terancam! Insiden itulah yang mempertemukannya dengan Jake, jejaka mat salih yang baginya agak misteri. Sukar dijangka apa niat lelaki itu sampai sudi menemaninya menjelajah Turki.

Pahit manis kenangan di Istanbul, Izmir, Konya, Ankara dan Kapadokya menjadi saksi

pengembaraan mereka berdua. Siap kena scam dengan lelaki-lelaki Turkiye, dan hampir

membeku di bahu jalan.

Seolah-olah, kenangan tercipta tak ubah seperti honeymoon, namun hakikatnya hanya

sebagai travel-buddy. Atau mungkin digelar sebagai buddy-moon?

Pengembaraan berakhir bila terungkai niat sebenar lelaki itu. Bersaksikan langit senja di

Asiklar Tepesi, Jake ditinggalkan sendiri.

Katanya cinta, namun hati menolak. Luka lama masih bergolak. Huru-hara jadinya bila insan dari masa silam, cuba menagih kasihnya kembali. Kemunculan Leyla pula yang mendakwa si bekas isteri, menyulitkan lagi usaha menawan hati.

Cinta seindah Hagia Sophia, sebiru lautan Bosphorus, seluas langit Kapadokya, namun sukar binasakan ego seteguh Menara Galata.

Dear heart, why her?- Jake

Dear fate, why him? - Yuhanis

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Buddy-Moon

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.