• 9633
1

Fajar Pakeer

Benci Kurindu Oleh Lollysnow

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Benci Kurindu Oleh Lollysnow

Benci Kurindu merupakan novel romantik Melayu karya Lollysnow yang menggabungkan elemen cinta, dendam keluarga, konflik masa lalu dan perjalanan memaafkan yang penuh emosi.

Kisah ini membawa pembaca menyelami hubungan rumit antara Harraz dan Amanda yang bermula dengan kebencian, namun berubah apabila kebenaran mula terungkai satu demi satu.

Dengan jalan cerita yang sarat emosi, konflik keluarga yang mendalam dan watak yang berkembang dengan baik, novel ini sesuai untuk peminat kisah cinta penuh drama dan pengorbanan.

Sinopsis Novel Benci Kurindu

Benci dan sayang terkadang hanya dipisahkan dengan sehelai kertas nipis.

Sejauh mana rasa benci itu, kita tidak tahu apa yang akan merubahnya pada masa akan datang.

Itulah yang dilalui Harraz dan Amanda. Amanda pernah sukakan Harraz dan menaruh perasaan kepada lelaki itu sejak mereka di bangku sekolah lagi. Tapi, satu peristiwa membuatkan Amanda tidak berani lagi menaruh hati.

“Apa salah aku pada kau? Kau ni tak betul gamaknya! Benci orang tanpa sebab.” – AMANDA

“Dengar, Amanda. Disebabkan kau anak tiri Tan Sri Khairil, tak akan ada istilah suka dalam diri aku untuk kau. Tapi benci.” – HARRAZ

“Kenapa kalau aku anak tiri dia?” – AMANDA

“Sebab aku anak kandung dia.” – HARRAZ

Hanya itu kata-kata terakhir mereka sebelum Amanda menghilangkan diri daripada pandangan mata Harraz.

Bertahun berlalu, pertemuan semula…

Kesumat Harraz tidak pernah padam. Apa yang dilakukan mama Amanda kepada arwah ibunya dianggap kejam. Hanya Amanda orang yang paling layak menerima segala amarahnya.

Kemuncaknya, gaun Destiny yang dipakai Amanda terbakar. Nekad Amanda berubah 100%. Dendam harus dibalas dengan dendam.

Namun, satu demi satu perkara terbongkar membuatkan Amanda terdesak melakukan apa pun untuk menghentikan amukan Harraz. Dia pasrah dalam luka.

Penyesalan menjadi percaturan takdir. Apakah masih wujud rasa benci di antara mereka?

Mampukah nyawa kecil yang wujud itu membesar dengan kasih yang selayaknya?

Kala cinta mengalahkan ego, sesal membunuh kebencian, kala hati merangkai mimpi, jiwa memburu harapan.

“Aku cari kau untuk diri aku sendiri.”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Kisah enemies-to-lovers yang penuh emosi.
  • Konflik keluarga dan dendam yang memberi kesan mendalam.
  • Watak Harraz dan Amanda yang berkembang sepanjang cerita.
  • Penuh dengan rahsia, penyesalan dan peluang kedua.
  • Sesuai untuk peminat novel romantik Melayu yang sarat drama dan emosi.

Genre Novel Benci Kurindu

Novel Romantik Melayu, Drama Keluarga, Cinta dan Dendam, Romantik Emosi, Fiksyen Melayu.

Novel Berkaitan Lollysnow

  • Moonlight
  • Benci Kurindu
  • Novel romantik Melayu
  • Novel cinta dan dendam
  • Novel drama keluarga