Karyaseni
Bagaikan Pelangi Oleh Fhy
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Bagaikan Pelangi Oleh FHY
Bagaikan Pelangi karya FHY membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Lebih. Zakhri Lee… HIDUPNYA kusam dan kelam semenjak peristiwa pahit yang pernah melanda dahulu. Dirinya yang dulunya petah, berubah menjadi lelaki pendiam. Lebih senang menjadi pemerhati dalam menjaga diri dan keluarga. Terutama sekali anak perempuan yang dia ada.
Sinopsis Novel Bagaikan Pelangi
Zakhri Lee…
HIDUPNYA kusam dan kelam semenjak peristiwa pahit yang pernah melanda dahulu. Dirinya yang dulunya petah, berubah menjadi lelaki pendiam. Lebih senang menjadi pemerhati dalam menjaga diri dan keluarga. Terutama sekali anak perempuan yang dia ada. Dia lebih prejudis
terhadap insan bergelar perempuan. Namun kemunculan gadis itu membuatkan hidup dia mula berubah. Sedikit demi sedikit. Aira Nazeeya… Dia hanya gadis biasa. Piatu yang membesar di rumah anak-anak yatim.
Mungkin kerana hal itu membuatkan dia jadi lebih menghargai erti kasih sayang.
“Tisya nak peluk mummy.”
Aira terkedu apabila kanak-kanak itu terus memeluk tubuhnya. Namun dia tetap membalas.
“Okey, duduk dekat riba mummy. Nanti boleh sandar dekat mummy. Boleh peluk mummy. Okey?”
Apabila mengenali anak kecil yang comel seperti Zetisya, kasihnya tumpah tanpa syarat. Namun sikap dingin dan beku bapa anak itu membuatkan Aira kecut sendiri.
“Saya tahulah awak memang suka Tisya panggil awak mummy sebab awak nampak banglo saya tu, kan?” – Zakhri Lee
‘Macamlah aku hadap sangat dengan harta dia tu!’ – Aira Nazeeya
Zakhri kuat menyindir, namun Aira punya seribu satu cara untuk membidas.
“Eh, ini bukan mall awal pun. Suka hati sayalah nak duduk mana yang saya nak.” – Zakhri Lee
“Huh, fine. Memandangkan encik nak sangat duduk dekat bangku ni, tidurlah dekat sini.” – Aira Nazeeya
Aira sebal. Mulut laser Zakhri memang menyakitkan hati tapi entah kenapa saat bertentang mata hatinya bergetar sejuta rasa. Apakah dia sudah jatuh cinta? Jika tidak, mengapa hidupnya mula berubah kini? Berwarna-warni. Bagaikan pelangi…
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat nilai kekeluargaan.
- Watak yang mudah dihayati.
- Menyentuh emosi pembaca.
Genre Novel Bagaikan Pelangi
- Novel Melayu
- Kekeluargaan
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat drama keluarga.
- Pembaca dewasa.
- Peminat kisah kehidupan.