• 9295
1

Fajar Pakeer

Aura Luff Oleh Syaz Sufiy

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Aura Luff Oleh Syaz Sufiy

Aura Luff karya Syaz Sufiy mengetengahkan watak yang sanggup melindungi insan yang disayangi dalam pelbagai situasi dan cabaran. Kisah ini berpusat pada Luf Gabriel. Orang lain tidak akan tahu sesakit apa yang sedang menghentam dada kita kerana di luarannya kita nampak hidup dengan sangat baik di dalam kesempurnaan yang indah. Itulah apa yang sedang dilalui oleh Luf Gabriel dan Aura Iman Thania. Aura nekad mahu mencari

Sinopsis Novel Aura Luff

Orang lain tidak akan tahu sesakit apa yang sedang menghentam dada kita kerana di luarannya kita nampak hidup dengan sangat baik di dalam kesempurnaan yang indah.

Itulah apa yang sedang dilalui oleh Luf Gabriel dan Aura Iman Thania.

Aura nekad mahu mencari tahu kisah sebenar di sebalik gahnya nama keluarganya. Dari Rusia ke Malaysia, Aura cuba menguatkan hatinya yang seringkali rapuh itu untuk membela nasib si ibu.

Setiap pertemuan pasti ada sebabnya bukan? Siapa sangka, di dalam perjalanannya Aura bertembung pula dengan jejaka misteri bernama Luf Gabriel.

“Oh, by the way… nice legs, Versace girl.” – Luf Gabriel

Entah sengaja dirancang atau memang kebetulan, Luf Gabriel seolah-olah sentiasa ada di saat-saat sukar perjalanan Aura.

Namun personalitinya yang sentiasa berubah-ubah itu membuatkan Aura semakin curiga. Malah Luf menjadikannya tawanan pula!

“Awak nak culik saya ke apa hah, Luf?” – Aura

Ya. Luf menjadikan Aura tawanan kerana mahu membalas dendam tapi semakin lama dia menghabiskan masa bersama-sama dengan Aura, bara dendamnya semakin terpadam. Dari rasa ingin memusnahkan gadis itu, ianya bertukar menjadi satu rasa ingin melindungi dan mengasihi.

“Kau tak takut dengan aku?” – Luf Gabriel

“Saya tak pernah rasa selamat seperti ini, Luf.” - Aura Iman Thania

Namun, saat hati sudah dipenuhi dengan rasa cinta, realiti menampar mereka berdua.

Di antara dendam dan cinta, pihak mana yang akan diberikan kemenangan?

Benarkah kesempatan kedua itu patut diberikan walaupun teruk hati dilukai dan jika benar, apakah kesempatan yang patut diberikan?

Di saat dia jatuh tersungkur dan di dalam kepayahan untuk bangkit semula, ada pula tangan yang menghulur membuatkan kisah mereka semakin mencabar.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Aura Luff

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.