Karyaseni
Andainya Takdir Oleh Wan Mahani Wan Hassan
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Andainya Takdir Oleh Wan Mahani Wan Hassan
Andainya Takdir karya Wan Mahani Wan Hassan membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Tihah. Penyakit cemburu buta Airil yang menimbulkan barannya menyebabkan rumah tangga mereka berada di hujung tanduk. Hampir tiga tahun menanggung derita, kesabaran Fatihah sudah sampai pada hadnya. Sementelah lagi campur tangan daripada Normah, mak Airil dalam
Sinopsis Novel Andainya Takdir
Bersediakah hati mendakap suratan?
Penyakit cemburu buta Airil yang menimbulkan barannya menyebabkan rumah tangga mereka berada di hujung tanduk. Hampir tiga tahun menanggung derita, kesabaran Fatihah sudah sampai pada hadnya. Sementelah lagi campur tangan daripada Normah, mak Airil dalam rumah tangga mereka, makin memarakkan api kehancuran sebuah masjid yang awalnya terbina dari rasa cinta suci.
“Selagi ada cinta, berjanjilah yang Tihah akan bertahan dalam apa jua keadaan pun. Tihah bahagia kan dengan abang?” - Airil
“Bahagia itu bukan bermakna memiliki semua yang kita cintai. Tapi mencintai semua yang kita miliki.”- Fatihah
Ya dan selagi ada cintalah, Fatihah masih terus memberi harapan dan kemaafan kepada Airil. Biarpun beratus sepak terajang singgah di tubuhnya, namun segala kesakitan itu lenyap tatkala Airil merayu memohon ampun daripadanya.
“Ampunkan abang, Tihah. Cakaplah... Jangan hilangkan suara Tihah dari pendengaran abang... Jangan butakan mata untuk abang... Tolonglah...” - Airil
Begitulah setiap kali tubuh Fatihah dibelasah, kata-kata rayuan dan kesalan terbit dari lelaki berjiwa penyayang dan romantik itu. Namun bila cemburunya datang, dia mampu berubah menjadi raksasa paling menakutkan. Fatihah terus menitipkan kata semangat. Berharap dan terus berharap agar lelaki yang pernah dicintainya itu berubah.
“Entah-entah dia ada skandal dengan bomoh ke ustaz tu. Yalah nak bolot duit abang, kan? Macam-macam boleh jadi kalau sebab duit ni!” - Norlin
“Kalau ada yang tak cukup, bagi tau aje pada Airil, Tihah. Tak payah nak main bomoh-bomoh macam ni. Kau tu nampak alim, selalu tazkirah kan orang tapi diri sendiri? Syirik!” - Normah
Hasutan serta fitnah daripada ahli keluarga sendiri menyebabkan rantai ikatan sesebuah perkahwinan mampu putus. Justeru, mampukah mereka pertahankan cinta dan mahligai pernikahan mereka andai takdirnya cinta itu bersulam derita yang tak berkesudahan?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Andainya Takdir
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Wan Mahani Wan Hassan
- Andainya Takdir 2