• 4440
1

Karyaseni

Tercipta Untukku Oleh Marissa

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Tercipta Untukku Oleh Marissa

Tiga kali mereka dipertemukan dengan cara yang tidak diduga. Tanpa sedar, ketiga-tiga pertemuan itu rupa-rupanya pembuka jalan untuk mereka saling mengenali. Namun, bukan mudah membina kemesraan.

Adil merasakan seperti ada yang tidak kena dengan Thia. Serupa minah senget pun ada. Pelik sungguh, tapi gadis itulah yang membuatkan dia tersenyum dan teringat selalu. Melalui anak saudaranya, Alif yang merupakan salah seorang anak murid Thia, Adil mendekati Thia.

“Tadi Teacher Thia kirim salam kat Unckedil.”

“Lah, apa pasal baru sekarang Alif nak cakap?”

“Lupa…”

“Ngeee, muda-muda dah lupa.”

“Tapi kenapa tiba-tiba Teacher Thia kirim salam kat Unckedil?”

“Sebab Alif cakap Unckedil kirim salam kat Teacher Thia.”

Habis!

Tidak sangka, hubungan antara Adil dan Thia berubah sama sekali selepas itu. Namun, ketika bunga-bunga kemesraan sedang berputik, mereka harus terima hakikat ada sesuatu yang menghalang hubungan mereka untuk ke fasa seterusnya.

Tapi orang kata, kalau sudah cinta, peduli apa dengan setiap cabaran yang mendatang.

Berjayakah mereka mengatasi cabaran tersebut? Akan tabahkah Adil dan Thia meneruskan percintaan mereka?

Dan sesungguhnya, benarkah mereka benar-benar sudah tercipta untuk antara satu sama lain?

Jangan lupa mengikuti kisah cinta antara Adil dan Thia.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Pertemuan tidak diduga yang membawa kepada jalinan cinta
  • Perasaan tertarik dan kemesraan antara Adil dengan Thia
  • Usaha mendekati seseorang melalui hubungan kekeluargaan
  • Cabaran dan halangan dalam meneruskan percintaan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta Melayu
  • Peminat kisah percintaan yang bermula daripada pertemuan tidak sengaja
  • Pembaca yang suka watak lelaki dan wanita dengan personaliti unik
  • Pembaca yang menikmati konflik dan cabaran dalam hubungan cinta

Maklumat Buku

  • Penulis: Marissa
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789670890647
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan